Berita Sukan
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam

KUALA LUMPUR 24 Jan. - HARAPAN Kuala Lumpur (KL) City FC untuk mara ke pusingan separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) kian malap apabila tewas 3-2 kepada Cong An Ha Noi FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam tadi.
Skuad kelab Vietnam bimbingan Mano Polking bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
Turun dengan misi wajib menang, KL City menyamakan kedudukan pada minit ke-24 menerusi Adrijan Rudovic yang berjaya menanduk masuk sepakan penjuru Paulo Josue.
Jaringan itu nyata menyuntik semangat pasukan tuan rumah apabila sekali lagi merobek gawang selepas Josue bijak menanduk masuk hantaran lintang Jovan Motika pada minit ke-32 untuk mendahului separuh masa pertama 2-1.
Memasuki babak kedua,Cong An Ha Noi dilihat mengubah corak permainan dengan mengamalkan taktik lebih menyerang apabila kerap melakukan percubaan bahaya ke arah gol lawan.
Gol yang ditunggu-tunggu Cong An Ha Noi akhirnya hadir pada minit ke-68 menerusi Bui Hoang Viet Anh yang menanduk masuk sepakan penjuru Quang Hai.
Permainan dilihat semakin rancak apabila kedua-dua pasukan saling menyerang ke arah kubu lawan masing-masing.
Bagaimanapun KL City dilanda malang apabila terpaksa bermain dengan sembilan pemain selepas totonggak pertahan Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri dilayangkan kad merah pada minit ke-76 kerana mengasari Nguyen Dinh Bac.
Selepas itu, berbaki dua minit perlawanan, giliran Josue pula dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain lawan dan kesempatan itu dimanfaatkan oleh pelawat apabila Le Van Do meledak gol kemenangan Cong An Ha Noi pada masa kecederaan.
Keputusan itu menyaksikanCong An Ha Noi mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan menghuni tangga teratas kumpulan B dengan 12 mata manakala KL City mengumpul enam mata di tempat keempat.
KL City akan melengkapkan aksi terakhir kumpulan dengan menentang kelab Thailand, Buriram United di tangga kedua di gelanggang lawan pada 6 Feb ini. - Berrnama
Berita berkaitan
August 2, 2025, 9:08 am
Farizal yakin JDT mampu tembus separuh akhir ACLE musim ini
July 31, 2025, 9:21 am
Tunku Ismail persoal dakwaan Selangor FC sudah hampiri JDT
July 30, 2025, 7:48 am
JDT perkuat skuad dengan pemain Sepanyol, Teto Martin
July 24, 2025, 9:44 am
'Hanya makan foodpack' - Kurang pilihan makanan halal di Jerman punca prestasi Umar terjejas
July 22, 2025, 1:38 pm
Azeem, Umar layak ke separuh akhir WUG 2025
July 16, 2025, 11:29 am
Tiga pemain pinjaman JDT boleh diturunkan lawan pasukan asal musim depan
July 13, 2025, 10:58 am
Anwar umum dana RM1 juta untuk KLFA
July 11, 2025, 10:08 am
MFL tidak tolak jadual Liga Super 2025 mungkin dirombak
July 10, 2025, 12:49 pm
JDT seri 2-2 dengan Cardiff City dalam aksi pramusim sengit di Sepanyol
July 9, 2025, 10:33 am