Berita Sukan
Tunku Ismail hargai sokongan penonton, JDT mara ke final Piala Malaysia
ISKANDAR PUTERI 2 Feb. - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan terima kasih kepada lebih 23,000 penonton yang hadir di Stadium Sultan Ibrahim bagi menyaksikan aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia pada Sabtu.
Baginda turut meluahkan rasa gembira dengan kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke perlawanan akhir buat kali keempat berturut-turut, sekali gus menunjukkan semangat juang tinggi skuad kendalian Hector Bidoglio.
“(Pemburuan trofi) masih lagi membara. Terima kasih kepada 23,000 penonton yang hadir pada hari ini. Alhamdulillah, satu lagi final buat JDT,” titah baginda menerusi Instagram rasmi.
JDT ke Final dengan Agregat 6-1
Dalam aksi separuh akhir kedua, Harimau Selatan menewaskan Terengganu FC 2-1, selepas membawa bekalan selesa 4-0 dari perlawanan pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. Keputusan ini menyaksikan JDT mara ke final dengan agregat 6-1.
Di pentas final yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 April, JDT bakal berdepan pemenang perlawanan separuh akhir antara Sri Pahang dan Sabah FC, yang berlangsung malam ini di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang. - Media Telus
Berita berkaitan
October 29, 2025, 11:26 am
Wan Rohaimi puas hati prestasi Penang FC walau tewas kepada JDT
October 27, 2025, 10:01 am
Mentaliti juara kunci JDT benam DPMM FC 10-0 – Xisco Munoz
October 26, 2025, 11:55 am
TMJ tegaskan kritikan terhadap dirinya dalam bola sepak bukan perkara baharu
October 21, 2025, 10:50 am
JDT sasar kemenangan pertama bertemu Chengdu Rongcheng dalam aksi ACLE
October 10, 2025, 7:32 am
Harimau Malaya benam Laos 3-0, kekal rekod sempurna
October 7, 2025, 11:43 am
FAM perlu jelaskan isu pendedahan FIFA segera – Hannah Yeoh
October 7, 2025, 8:59 am
FAM anggap laporan FIFA tidak tepat, akan kemuka rayuan rasmi
October 7, 2025, 8:50 am
FIFA kemuka bukti dokumen palsu dalam pendaftaran tujuh pemain warisan Malaysia
October 1, 2025, 3:04 pm
Ultras Malaya tuntut FAM dedah maklumat pemain warisan digantung Fifa
October 1, 2025, 1:33 pm
