Berita Sukan
JDT perkukuh benteng dengan kehadiran ‘orang besi’ Sepanyol, Alvaro Gonzalez
JOHOR BAHRU 4 Feb. - Pertahanan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) kini semakin ampuh dengan kehadiran pemain baharu dari Sepanyol, Alvaro Gonzalez.
Perpindahan pemain berusia 35 tahun itu diumumkan menerusi satu hantaran video di laman Facebook Johor Southern Tigers (JST) pada Selasa.
“Dari La Liga ke Ligue 1 dan Liga Pro Saudi, kini home Harimau Selatan,” menurut kenyataan dalam hantaran tersebut.
Gonzalez, yang berasal dari Potes, Cantabria, Sepanyol, sebelum ini pernah beraksi di Liga Pro Saudi bersama Al-Nassr, pasukan yang turut diperkuatkan oleh bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.
Pemain yang bakal menyarung jersi nombor 27 untuk skuad Harimau Selatan itu juga mempunyai pengalaman luas di La Liga, setelah beraksi bersama Racing Santander, Real Zaragoza, Espanyol dan Villareal, selain pernah mewakili kelab Ligue 1 Perancis, Olympique Marseille.
Kehadirannya dijangka memperkukuhkan benteng pertahanan JDT menjelang saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), di mana mereka akan berdepan kelab Australia, Central Coast Mariners di Stadium Central Coast pada 11 Februari ini. - Media Telus
Berita berkaitan
October 29, 2025, 11:26 am
Wan Rohaimi puas hati prestasi Penang FC walau tewas kepada JDT
October 27, 2025, 10:01 am
Mentaliti juara kunci JDT benam DPMM FC 10-0 – Xisco Munoz
October 26, 2025, 11:55 am
TMJ tegaskan kritikan terhadap dirinya dalam bola sepak bukan perkara baharu
October 21, 2025, 10:50 am
JDT sasar kemenangan pertama bertemu Chengdu Rongcheng dalam aksi ACLE
October 10, 2025, 7:32 am
Harimau Malaya benam Laos 3-0, kekal rekod sempurna
October 7, 2025, 11:43 am
FAM perlu jelaskan isu pendedahan FIFA segera – Hannah Yeoh
October 7, 2025, 8:59 am
FAM anggap laporan FIFA tidak tepat, akan kemuka rayuan rasmi
October 7, 2025, 8:50 am
FIFA kemuka bukti dokumen palsu dalam pendaftaran tujuh pemain warisan Malaysia
October 1, 2025, 3:04 pm
Ultras Malaya tuntut FAM dedah maklumat pemain warisan digantung Fifa
October 1, 2025, 1:33 pm
