Berita Sukan
Sukan SEA 2025: Enggan beri tekanan kepada atlet, Malaysia sasar jumlah pingat, bukan warna pingat - Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR 5 Feb – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan penetapan pingat bagi atlet kebangsaan yang bertanding di Sukan SEA 2025 di Thailand adalah kepada jumlah pingat keseluruhan dan bukannya mengikut warna pingat.
Jelas beliau, penetapan tersebut juga turut mengambil kira saranan dan cadangan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).
“Penetapan sasaran pingat emas memberikan tekanan berlebihan kepada atlet untuk mempamerkan prestasi terbaik di temasya sukan antarabangsa nanti.
“Pendekatan seperti ini juga merupakan amalan yang telah lama dilaksanakan di beberapa negara seperti Jepun, Korea, Iran, Singapura dan Hong Kong,” jelasnya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (Jempol-BN) yang ingin tahu sasaran pencapaian realistik dan persediaan para atlet serta pemegang taruh dalam menghadapi Sukan SEA di Thailand tahun ini memandangkan negara mencatatkan rekod yang tidak memuaskan semasa Sukan SEA di Kemboja pada 2023.
Jelas Hannah, sehingga kini, seramai 350 atlet di bawah Program Podium daripada 19 jenis sukan dan seramai 261 atlet Pelapis Kebangsaan daripada 15 jenis sukan sedang giat menjalani program latihan di bawah bimbingan jurulatih-jurulatih yang berpengalaman.
“Bagi memastikan prestasi atlet-atlet berada di tahap yang baik, Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Institut Sukan Negara (ISN) dan jurulatih telah membuat perancangan tahun 2025 menerusi pelan periodisasi pada 13 November 2024.
“Program- program ini akan dilaksanakan mengikut perancangan dan keperluan serta perkhidmatan sokongan yang diberikan agar tahap prestasi atlet negara dalam keadaan terbaik untuk bersaing di Sukan SEA Thailand 2025 serta di kejohanan-kejohanan utama yang lain,” jelasnya.
Berita berkaitan
August 2, 2025, 9:08 am
Farizal yakin JDT mampu tembus separuh akhir ACLE musim ini
July 31, 2025, 9:21 am
Tunku Ismail persoal dakwaan Selangor FC sudah hampiri JDT
July 30, 2025, 7:48 am
JDT perkuat skuad dengan pemain Sepanyol, Teto Martin
July 24, 2025, 9:44 am
'Hanya makan foodpack' - Kurang pilihan makanan halal di Jerman punca prestasi Umar terjejas
July 22, 2025, 1:38 pm
Azeem, Umar layak ke separuh akhir WUG 2025
July 16, 2025, 11:29 am
Tiga pemain pinjaman JDT boleh diturunkan lawan pasukan asal musim depan
July 13, 2025, 10:58 am
Anwar umum dana RM1 juta untuk KLFA
July 11, 2025, 10:08 am
MFL tidak tolak jadual Liga Super 2025 mungkin dirombak
July 10, 2025, 12:49 pm
JDT seri 2-2 dengan Cardiff City dalam aksi pramusim sengit di Sepanyol
July 9, 2025, 10:33 am