Berita Sukan
Hannah Yeoh dedah aduan gangguan seksual paling banyak diterima dalam industri sukan
KUALA LUMPUR 6 Feb - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merekodkan sebanyak 28 aduan berkaitan gangguan seksual dalam industri sukan negara antara tahun 2023 hingga 2024.
Menteri KBS, Hannah Yeoh, berkata aduan tersebut melibatkan kes penderaan dan antunan seksual (sexual grooming), dengan dua kes telah diselesaikan manakala empat kes masih aktif.
Dalam menjawab soalan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, yang bertanya mengenai langkah intervensi untuk wanita dalam industri sukan, Hannah Yeoh menjelaskan bahawa daripada keseluruhan 28 aduan yang diterima, 16 kes telah berjaya diselesaikan.
Statistik tersebut termasuk empat kes buli, tiga kes penderaan mental, serta dua kes masing-masing berkaitan penderaan seksual, antunan seksual, penderaan fizikal, dan ugutan.
Sementara itu, satu kes pengabaian turut direkodkan.
Bagi kes yang masih aktif, 11 kes melibatkan penderaan seksual (empat kes), pengabaian (tiga kes), serta dua kes masing-masing berkaitan penderaan mental dan penderaan fizikal.
Hannah Yeoh menegaskan bahawa dalam usaha memperkasakan pelaksanaan Kod Sukan Selamat, KBS akan terus melaksanakan program advokasi dan kesedaran di peringkat akar umbi bagi memastikan komuniti sukan memahami peranan serta tanggungjawab mereka dalam menangani isu ini.
Program tersebut akan diselaraskan oleh 44 orang focal point sukan selamat yang dilantik daripada kalangan pegawai KBS, Kementerian Pendidikan (KPM), dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Sebagai langkah pencegahan, beliau turut mengingatkan bahawa setiap organisasi sukan perlu melakukan semakan latar belakang sebelum melantik mana-mana jurulatih atau pegawai teknikal, terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.
Kewajipan untuk menandatangani akujanji pematuhan Sukan Selamat dan Polisi Perlindungan Kanak-Kanak dalam mana-mana kontrak atau lantikan juga akan diterapkan bagi mengelakkan kes-kes gangguan seksual di masa depan.
Langkah-langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua individu dalam industri sukan negara, terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak.
Berita berkaitan
October 29, 2025, 11:26 am
Wan Rohaimi puas hati prestasi Penang FC walau tewas kepada JDT
October 27, 2025, 10:01 am
Mentaliti juara kunci JDT benam DPMM FC 10-0 – Xisco Munoz
October 26, 2025, 11:55 am
TMJ tegaskan kritikan terhadap dirinya dalam bola sepak bukan perkara baharu
October 21, 2025, 10:50 am
JDT sasar kemenangan pertama bertemu Chengdu Rongcheng dalam aksi ACLE
October 10, 2025, 7:32 am
Harimau Malaya benam Laos 3-0, kekal rekod sempurna
October 7, 2025, 11:43 am
FAM perlu jelaskan isu pendedahan FIFA segera – Hannah Yeoh
October 7, 2025, 8:59 am
FAM anggap laporan FIFA tidak tepat, akan kemuka rayuan rasmi
October 7, 2025, 8:50 am
FIFA kemuka bukti dokumen palsu dalam pendaftaran tujuh pemain warisan Malaysia
October 1, 2025, 3:04 pm
Ultras Malaya tuntut FAM dedah maklumat pemain warisan digantung Fifa
October 1, 2025, 1:33 pm
