Berita Sukan
Bergson letak bendera Malaysia di Instagram, cetus spekulasi naturalisasi
KUALA LUMPUR 10 Feb. - Tindakan penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva meletakkan bendera Malaysia di profil Instagram miliknya mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
Ada yang beranggapan ia sebagai petanda bahawa pemain berusia 34 tahun itu telah mendapat status pemain naturalisasi untuk mewakili skuad Harimau Malaya.
Namun, setakat ini masih belum ada pengesahan rasmi mengenai status naturalisasi pemain kelahiran Brazil itu.
Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail pernah menyatakan bahawa Bergson dan tonggak Sri Pahang, Manuel Hidalgo merupakan antara calon pemain naturalisasi Malaysia.
“Bergson boleh dinaturalisasikan sebagai pelan jangka pendek selepas beraksi selama lima tahun di Malaysia,” titah Tunku Mahkota Ismail.
Sekiranya Bergson benar-benar memperoleh status naturalisasi, ia bakal menjadi kelebihan buat skuad Harimau Malaya yang sebelum ini sering berdepan cabaran di bahagian serangan.
Kehadiran Bergson juga dijangka memperkukuh skuad kendalian Peter Cklamovski, yang kini dalam proses mendapatkan beberapa pemain warisan dari luar negara bagi memperkasakan pasukan. - Media Telus
Berita berkaitan
October 29, 2025, 11:26 am
Wan Rohaimi puas hati prestasi Penang FC walau tewas kepada JDT
October 27, 2025, 10:01 am
Mentaliti juara kunci JDT benam DPMM FC 10-0 – Xisco Munoz
October 26, 2025, 11:55 am
TMJ tegaskan kritikan terhadap dirinya dalam bola sepak bukan perkara baharu
October 21, 2025, 10:50 am
JDT sasar kemenangan pertama bertemu Chengdu Rongcheng dalam aksi ACLE
October 10, 2025, 7:32 am
Harimau Malaya benam Laos 3-0, kekal rekod sempurna
October 7, 2025, 11:43 am
FAM perlu jelaskan isu pendedahan FIFA segera – Hannah Yeoh
October 7, 2025, 8:59 am
FAM anggap laporan FIFA tidak tepat, akan kemuka rayuan rasmi
October 7, 2025, 8:50 am
FIFA kemuka bukti dokumen palsu dalam pendaftaran tujuh pemain warisan Malaysia
October 1, 2025, 3:04 pm
Ultras Malaya tuntut FAM dedah maklumat pemain warisan digantung Fifa
October 1, 2025, 1:33 pm
