Berita Berita
Mohd Khaidzir Shahari dilantik CEO baharu Lembaga Zakat Selangor

SHAH ALAM 28 Mac - Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengumumkan pelantikan Mohd Khaidzir Shahari sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 7 April ini.
Dalam kenyataan hari ini, LZS memaklumkan bahawa beliau akan menggantikan Mohd Sabirin Mohd Sarbini, yang menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai CEO pada 31 Mac setelah tiga tahun menerajui organisasi tersebut.
“LZS berharap pelantikan Mohd Khaidzir dapat memperkukuh pengurusan serta mempertingkatkan tadbir urus korporat bagi memastikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di Selangor, khususnya golongan asnaf,” menurut kenyataan itu.
Mohd Khaidzir mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam bidang tadbir urus korporat, kewangan, pengurusan risiko, pematuhan, kawalan dalaman dan pengauditan.
Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai rakan kongsi dan Pengarah Eksekutif di KPMG Malaysia serta mengetuai Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan di KPMG Management & Risk Consulting Sdn Bhd.
Sepanjang kerjayanya, beliau memainkan peranan penting dalam penilaian kawalan dalaman, audit risiko, dan penstrukturan tadbir urus korporat. Beliau juga berpengalaman dalam memberi khidmat nasihat serta pengauditan kepada pelbagai entiti, termasuk syarikat antarabangsa, syarikat tersenarai awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), institusi kewangan, dan agensi antarabangsa.
Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta akauntan bertauliah dari Institut Akauntan Malaysia (MIA). Selain itu, beliau adalah ahli Chartered Institute of Management Accountant (CIMA), Certified Global Management Accountant (CGMA), dan Certified Internal Auditor (CIA).
Dengan kepakarannya, beliau turut diberi kepercayaan sebagai Presiden Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM) dan menganggotai Jawatankuasa Kewangan Islam, MIA. - Media Telus
Berita berkaitan
May 9, 2025, 1:24 pm
Pindah pekerja asing merentasi sektor hanya libatkan sektor formal - Steven Sim
May 9, 2025, 1:05 pm
Warga emas dirempuh SUV dalam restoran KFC disahkan meninggal dunia
May 9, 2025, 12:58 pm
CAP desak pengharaman vape di semua negeri demi lindungi pelajar
May 9, 2025, 12:31 pm
Rakyat Malaysia terkandas di Pakistan harap dapat pulang Isnin depan
May 9, 2025, 12:24 pm
Henti banding keputusan SPM, elak ‘membazirkan potensi’ pelajar SBP - Dr Anuar
May 9, 2025, 12:20 pm
16 buruh paksa termasuk remaja 14 tahun diselamatkan dalam serbuan sekitar Lembah Klang
May 9, 2025, 11:30 am
Pengasuh didakwa dera bayi 5 bulan di taska kuaters Hospital Kluang
May 9, 2025, 10:35 am
Anwar ucap tahniah atas pelantikan Paus Leo XIV sebagai Ketua Gereja Katolik baharu
May 9, 2025, 10:19 am
Dua wanita maut, 4 cedera dalam nahas babit empat kenderaan di Lebuhraya PLUS Kulai
May 9, 2025, 10:02 am