Berita Berita
Lelaki warga emas ditinju anak sendiri hingga parah

TAWAU 2 Jun – Seorang lelaki warga emas mengalami kecederaan parah selepas dipercayai ditumbuk oleh anak kandungnya sendiri dalam satu kejadian yang berlaku di Kampung Pitas, Bombalai, di sini pada pagi Ahad.
Kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu menyebabkan mangsa berusia lingkungan 60-an cedera teruk di bahagian muka dan kepala akibat serangan fizikal oleh anak lelakinya yang berusia 23 tahun.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, laporan polis mengenai insiden tersebut telah diterima, dan usaha mengesan suspek dilancarkan sejurus selepas itu.
“Kurang daripada dua jam selepas laporan dibuat, suspek berjaya dikesan berada di kawasan perumahan pekerja di sekitar kawasan tersebut.
“Ketika tangkapan dibuat, suspek cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan sebelum berjaya ditahan kira-kira jam 10.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Hasil siasatan lanjut mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan kini ditahan mengikut Seksyen 323/326A Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Jasmin turut menyeru masyarakat agar lebih peka terhadap kesihatan mental dan emosi ahli keluarga bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang.
“Selesaikan masalah dalam keluarga secara matang bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya.
Berita berkaitan
June 5, 2025, 1:01 pm
Makin 'maju, warga asing kini jadi ejen 'homestay'
June 5, 2025, 12:36 pm
Malaysia kecewa UNSC gagal lagi lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
June 5, 2025, 12:24 pm
Lapan penuntut UMT didakwa pukul rakan hingga parah dalam asrama, mengaku tidak bersalah
June 5, 2025, 12:15 pm
Sultan Brunei puji mutu perkhidmatan IJN setaraf antarabangsa
June 5, 2025, 11:51 am
Remaja OKU hilang dalam hutan ketika cari lembu peliharaan, operasi SAR diteruskan
June 5, 2025, 11:51 am