Berita Berita
Agong puji Kerajaan Madani, ingatkan penjawat awam kekal amanah, bebas politik

KUALA LUMPUR 2 Jun - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan terhadap usaha Kerajaan Madani dan penjawat awam yang bekerja keras dalam mengurus ekonomi dan pembangunan negara.
Menurut Baginda, kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini menjadi bukti nyata keupayaan Malaysia dalam memperkukuh hubungan serantau dan antarabangsa.
“Walaupun ada pihak yang memandang rendah keupayaan Malaysia, dengan usaha gigih dan semangat kerjasama – khususnya oleh penjawat awam – segala cabaran berjaya ditempuhi,” titah Seri Paduka Baginda.
Titah tersebut disampaikan semasa Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, serta hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan barisan Menteri Kabinet.
“Kesetiaan Bukan Menyembah, Tapi Amanah”
Sultan Ibrahim turut menegaskan agar penjawat awam sentiasa cemerlang, berintegriti dan berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara, khususnya “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”.
“Kesetiaan bukan bermaksud menyembah, tetapi jujur dan amanah dalam memikul tugas serta tidak mengkhianati negara dan amanah rakyat,” titah Baginda.
Baginda turut mengingatkan agar penjawat awam bebas daripada pengaruh politik, kekal berkecuali, dan sentiasa meletakkan kepentingan negara dan rakyat di hadapan.
“Keputusan harus dibuat mengikut syarat dan peraturan – bukan ikut telunjuk ahli politik. Perbelanjaan juga mesti dikawal dengan rapi, bukan digunakan sewenang-wenangnya untuk memancing undi hingga membebankan hutang negara,” tegas Baginda.
Agensi Penguat Kuasa Diingatkan Jaga Integriti
Seri Paduka turut menyeru agensi penguat kuasa agar melaksanakan tugas dengan penuh integriti agar rakyat tidak hilang keyakinan terhadap institusi dan uniform yang dipakai.
“Kita tidak mahu rakyat hilang hormat. Tugas mereka sangat penting, jadi jalankan amanah dengan sebaik mungkin,” titah Baginda lagi.
Berita berkaitan
June 5, 2025, 1:01 pm
Makin 'maju, warga asing kini jadi ejen 'homestay'
June 5, 2025, 12:36 pm
Malaysia kecewa UNSC gagal lagi lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
June 5, 2025, 12:24 pm
Lapan penuntut UMT didakwa pukul rakan hingga parah dalam asrama, mengaku tidak bersalah
June 5, 2025, 12:15 pm
Sultan Brunei puji mutu perkhidmatan IJN setaraf antarabangsa
June 5, 2025, 11:51 am
Remaja OKU hilang dalam hutan ketika cari lembu peliharaan, operasi SAR diteruskan
June 5, 2025, 11:51 am