Berita Berita
Pempengaruh disaran bantu perangi penggunaan vape di sekolah

KUALA LUMPUR 2 Jun – Pempengaruh media sosial disaran menggunakan platform masing-masing untuk menyedarkan masyarakat, khususnya pelajar sekolah, mengenai bahaya penggunaan vape dan bukannya menjadi duta mempromosikannya.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, trend ketika ini menunjukkan ramai pempengaruh menjadi duta yang mempromosikan vape hingga menarik minat remaja untuk mencuba.
“Untuk mengelak hal itu, kita perlu mengajak pempengaruh media sosial menggunakan pengaruh mereka untuk menyampaikan mesej tentang bahaya vape, terutama kepada pelajar sekolah.
“Langkah paling praktikal untuk memerangi vape ialah dengan teguran terus daripada orang dewasa kepada golongan muda,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, selain ibu bapa yang harus tegas terhadap anak-anak yang mula berjinak-jinak dengan vape, masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan memberi teguran secara langsung apabila melihat pelajar menghisap vape di tempat awam.
“Teguran secara terus ini akan mewujudkan persepsi bahawa penggunaan vape tidak diterima masyarakat. Ini mampu mengekang trend itu daripada terus menjadi kebiasaan,” ujarnya.
Beliau juga mencadangkan agar penjualan vape diharamkan sepenuhnya kepada individu berusia bawah 18 tahun, selain penglibatan aktif semua pihak bagi memastikan generasi muda tidak terjebak dengan tabiat merokok elektronik yang sia-sia dan membahayakan.
“Meskipun pelbagai langkah boleh dilaksanakan, ia tidak akan berjaya jika masyarakat bersikap sambil lewa. Kesan buruk vape sudah pun dialami oleh pelajar, termasuk ketagihan nikotin, kerosakan organ dan kes tidak sedarkan diri,” katanya.
Justeru, beliau menyeru supaya kempen kesedaran diperhebat, tindakan tegas diambil di sekolah, dan ibu bapa serta pempengaruh diberi peranan lebih besar dalam usaha memerangi penggunaan vape.
Tambahnya lagi, masyarakat dewasa juga harus menunjukkan teladan yang baik kerana anak-anak masih belum cukup matang untuk membezakan antara perkara baik dan buruk. – Media Telus
Berita berkaitan
June 5, 2025, 1:01 pm
Makin 'maju, warga asing kini jadi ejen 'homestay'
June 5, 2025, 12:36 pm
Malaysia kecewa UNSC gagal lagi lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
June 5, 2025, 12:24 pm
Lapan penuntut UMT didakwa pukul rakan hingga parah dalam asrama, mengaku tidak bersalah
June 5, 2025, 12:15 pm
Sultan Brunei puji mutu perkhidmatan IJN setaraf antarabangsa
June 5, 2025, 11:51 am
Remaja OKU hilang dalam hutan ketika cari lembu peliharaan, operasi SAR diteruskan
June 5, 2025, 11:51 am