Berita Berita
Wanita OKU hilang dipercayai ikut lelaki tidak dikenali

KUANTAN 2 Jun – Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dilaporkan hilang selepas dipercayai mengikut seorang lelaki tidak dikenali ketika keluar dari sebuah pusat beli-belah di sini, Ahad lalu.
Mangsa, Norilyana Izzati Normazlan, 29, yang mengalami masalah lembam, kali terakhir dilihat kira-kira jam 2 petang berhampiran pentas ruang legar pusat beli-belah terbabit.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa difahamkan mengikut ibu angkatnya, 51, menyertai acara jualan di pusat beli-belah tersebut sejak Jumaat.
“Mangsa dipercayai keluar berjalan kaki bersama seorang lelaki tidak dikenali dan tidak pulang ke rumah,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, usaha mencari telah dilakukan oleh pengadu bersama rakan niaga, namun wanita itu gagal dikesan sebelum laporan polis dibuat kerana bimbang akan keselamatannya.
Menurut beliau, mangsa bertubuh sederhana dengan ketinggian kira-kira 1.5 meter dan ketika kejadian memakai baju paras lutut berwarna biru gelap bercorak batik, seluar dan tudung hitam.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan atau mana-mana balai polis berdekatan. – Media Telus
Berita berkaitan
June 5, 2025, 1:01 pm
Makin 'maju, warga asing kini jadi ejen 'homestay'
June 5, 2025, 12:36 pm
Malaysia kecewa UNSC gagal lagi lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
June 5, 2025, 12:24 pm
Lapan penuntut UMT didakwa pukul rakan hingga parah dalam asrama, mengaku tidak bersalah
June 5, 2025, 12:15 pm
Sultan Brunei puji mutu perkhidmatan IJN setaraf antarabangsa
June 5, 2025, 11:51 am
Remaja OKU hilang dalam hutan ketika cari lembu peliharaan, operasi SAR diteruskan
June 5, 2025, 11:51 am