Berita Berita
SPRM syaki RM20 juta dana sukuk diseleweng untuk aktiviti judi

KUALA LUMPUR 2 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyaki kira-kira RM20 juta dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang telah diseleweng dan digunakan bagi tujuan perjudian.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, jumlah itu dikesan hasil siasatan pihaknya dan tidak menolak kemungkinan angka sebenar lebih tinggi.
“Kami mengesyaki sejumlah besar wang telah dibelanjakan untuk aktiviti perjudian dan SPRM masih mengesan pelbagai aset di dalam dan luar negara bagi proses penyitaan,” katanya pada Isnin.
Selain itu, SPRM turut menemui sebanyak 300 botol minuman keras mewah yang disimpan dalam sebuah stor simpanan di kediaman individu yang terlibat.
Menurut Azam, siasatan kes penyelewengan berkenaan kini melibatkan seramai 45 saksi yang telah dirakam percakapan.
“Setakat semalam, individu bergelar Tan Sri yang terlibat masih berada di dalam wad sebuah hospital swasta,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan SPRM telah menyita aset dan membekukan akaun bank bernilai keseluruhan RM85.6 juta, membabitkan seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri.
Antara yang disita termasuk:
-
14 akaun individu (RM4.5 juta)
-
8 akaun syarikat (RM33 juta)
-
Kenderaan mewah (RM7.65 juta)
-
Beg tangan berjenama (RM3 juta)
-
Jam tangan mewah (RM7 juta)
-
Hartanah (RM24.5 juta)
Semua barang dan aset berkenaan disita bagi tujuan siasatan lanjut mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001. – Media Telus
Berita berkaitan
June 5, 2025, 1:01 pm
Makin 'maju, warga asing kini jadi ejen 'homestay'
June 5, 2025, 12:36 pm
Malaysia kecewa UNSC gagal lagi lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
June 5, 2025, 12:24 pm
Lapan penuntut UMT didakwa pukul rakan hingga parah dalam asrama, mengaku tidak bersalah
June 5, 2025, 12:15 pm
Sultan Brunei puji mutu perkhidmatan IJN setaraf antarabangsa
June 5, 2025, 11:51 am
Remaja OKU hilang dalam hutan ketika cari lembu peliharaan, operasi SAR diteruskan
June 5, 2025, 11:51 am