TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Remaja 14 tahun gigih naik motosikal dari Tumpat ke Kulim nak jumpa kekasih akhirnya jadi mangsa rogol

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU 3 Jun – Kegigihan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menunggang motosikal ke Kulim, Kedah untuk bertemu ‘kekasih’ yang baharu dikenali di media sosial berakhir dengan tragis apabila dia dirogol lelaki terbabit.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, dalam kejadian Mac lalu, mangsa bersama rakan perempuan sebayanya menunggang motosikal dari Tumpat sebelum motosikal mereka mengalami kerosakan di kawasan Gerik, Perak.

“Kedua-duanya kemudiannya menahan kereta orang awam untuk meneruskan perjalanan ke Kulim dan mangsa bertemu lelaki terbabit yang berusia lebih 30 tahun serta bekerja sebagai buruh.

“Mangsa dibawa ke satu lokasi di Kulim dan dirogol,” katanya memetik laporan SInar Harian pada sidang akhbar selepas Program Libat Urus Cakna Remaja: Elak Gejala Sosial, Bina Masa Depan” di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini pada Selasa.

Beliau berkata, ibu bapa kepada kedua-dua gadis terbabit sebelum itu membuat laporan polis selepas menyedari kehilangan anak mereka selama empat hari.

“Selepas siasatan dijalankan, remaja terbabit dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan disahkan dirogol.

“Sehubungan itu suspek ditahan pihak polis untuk siasatan,” katanya.

“Siasatan awal mendapati punca utama pengaruh ini berkait dengan kecenderungan mangsa terhadap bahan pornografi dan pengaruh negatif media sosial,” katanya.

Mohd Yusoff menegaskan, isu itu bukan kes terpencil, sebaliknya semakin meningkat dan memerlukan pemantauan lebih ketat oleh ibu bapa terutama di kawasan luar bandar.

“Kita lihat pelajar hari ini pergi sekolah dan balik sendiri, jadi ibu bapa tidak boleh lepas tangan.

“Pengaruh luar amat kuat, dan anak-anak semakin berani kerana kurang pengawasan,” ujarnya.

 

+ - reset