Berita Jenayah
Lelaki kelar isteri hingga maut, cuba bakar rumah ibu mertua di Tangkak

TANGKAK, 4 Jun – Seorang wanita maut dipercayai dikelar suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir, di sini pada Isnin.
Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 30-an turut dipercayai cuba membakar rumah ibu mentuanya di Lenga, Pagoh, Muar yang terletak kira-kira 40 kilometer dari lokasi kejadian.
Bagaimanapun, cubaan itu gagal dan hanya menyebabkan beberapa kenderaan di bahagian luar rumah terbakar.
Suspek kemudiannya berjaya diberkas polis selepas pulang ke kediamannya di Bukit Gambir pada pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak pada pagi Rabu bagi permohonan reman bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
August 1, 2025, 6:32 pm
PGA tahan pasangan kekasih, rampas 6,000 pil yaba di Tanah Merah
August 1, 2025, 3:35 pm
Sekumpulan penunggang basikal kerumuni kereta, polis buat siasatan
August 1, 2025, 12:47 pm
Pelajar belasah rakan sekelas di pusat beli-belah, empat ditahan
August 1, 2025, 9:23 am
Ibu angkat bayi maut dengan kesan lebam di Cheras didapati positif dadah
July 31, 2025, 6:03 pm
Dua beradik ditahan miliki pistol dan peluru hidup di Bidor
July 30, 2025, 11:41 am
Lelaki gagal seludup 14 kambing di sempadan Kelantan
July 30, 2025, 7:05 am
Pelajar tingkatan dua tumbuk guru kerana ditegur ponteng kelas
July 29, 2025, 6:32 pm