TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Sumbat pistol dalam mulut mangsa, 'Datuk Seri' ditahan pukul wanita guna grip pistol hingga parah

By
|
Kongsi
image

 

GEORGETOWN, 4 Jun – Seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ ditahan polis kerana disyaki mencederakan seorang wanita dengan menggunakan objek menyerupai grip pistol dalam kejadian di Jalan Kelawei, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek berusia 41 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Menurut beliau, mangsa berusia 28 tahun yang juga seorang jurujual mendakwa diserang sekitar jam 2.20 pagi selepas berlaku perselisihan faham ketika mereka memandu kenderaan masing-masing.

“Suspek didakwa memukul mangsa dengan objek menyerupai grip pistol hingga menyebabkan kecederaan parah pada hidung dan mata.

“Polis turut merampas sepucuk pistol, kelopak peluru, serta buku lesen senjata yang dimiliki suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Akta Senjata 1960.

Difahamkan, mangsa sedang dalam perjalanan ke Tanjung Tokong bersama dua rakan sebelum keretanya terbabas ke lorong tengah, menyebabkan berlaku kekecohan dengan suspek yang memandu Mercedes Benz hitam.

Suspek kemudian didakwa menghentikan kenderaan mangsa di hadapan sebuah stesen minyak sebelum bertindak memasukkan pistol ke dalam mulut wanita itu, memukulnya menggunakan tapak pistol serta menumbuk muka mangsa beberapa kali.

Mangsa mengalami patah hidung dan lebam pada mata kiri, dan disyaki suspek berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

Wanita itu telah mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang dan membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.

+ - reset