Berita Jenayah
Dua anggota polis direman minta rasuah RM20,000 kononnya mahu tutup kes jual 'mushroom vape'

MELAKA 4 Jun – Dua anggota polis lelaki masing-masing berpangkat koperal dan lans koperal direman selama enam hari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM20,000 daripada seorang individu yang dituduh menjual dadah cecair rokok elektronik.
Perintah reman sehingga Isnin depan dikeluarkan oleh Majistret Uthman Abd. Ghani ke atas kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 26 dan 37 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Kedua-dua suspek yang berbaju lokap jingga tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 9 pagi, diiringi pegawai SPRM.
Menurut sumber, siasatan bermula selepas seorang lelaki berusia 26 tahun membuat laporan kepada SPRM kerana tidak berpuas hati dipaksa menyerahkan wang tersebut.
Suspek didakwa mengugut untuk mengambil tindakan terhadap pengadu yang didakwa terlibat menjual dadah jenis mushroom vape, namun individu berkenaan menafikan tuduhan tersebut.
Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua suspek ditahan pada jam 6.25 petang dan 6.30 petang, Selasa lalu ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.
Berita berkaitan
August 1, 2025, 6:32 pm
PGA tahan pasangan kekasih, rampas 6,000 pil yaba di Tanah Merah
August 1, 2025, 3:35 pm
Sekumpulan penunggang basikal kerumuni kereta, polis buat siasatan
August 1, 2025, 12:47 pm
Pelajar belasah rakan sekelas di pusat beli-belah, empat ditahan
August 1, 2025, 9:23 am
Ibu angkat bayi maut dengan kesan lebam di Cheras didapati positif dadah
July 31, 2025, 6:03 pm
Dua beradik ditahan miliki pistol dan peluru hidup di Bidor
July 30, 2025, 11:41 am
Lelaki gagal seludup 14 kambing di sempadan Kelantan
July 30, 2025, 7:05 am
Pelajar tingkatan dua tumbuk guru kerana ditegur ponteng kelas
July 29, 2025, 6:32 pm