Berita Jenayah
Sempat bawa hingga ke hotel, polis tahan artis terkenal lakukan amang seksual remaja bawah umur

KUALA LUMPUR 5 Jun - Polis menahan seorang pelakon dan penyanyi lelaki terkenal, kelmarin bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.
Mangsa berusia 17 tahun itu difahamkan mengenali artis terbabit ketika bekerja di sebuah kafe sebelum mereka beberapa kali bertemu susulan perkenalan itu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, berkata suspek kemudian membawa mangsa berjumpa di sebuah hotel.
"Ketika dalam pertemuan itu suspek melakukan perbuatan amang seksual fizikal kepada mangsa.
"Suspek sudah ditahan, semalam bagi membantu siasatan namun sudah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau memaklumkan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), dan kertas siasatan kini sedang dilengkapkan.
Berita berkaitan
August 1, 2025, 6:32 pm
PGA tahan pasangan kekasih, rampas 6,000 pil yaba di Tanah Merah
August 1, 2025, 3:35 pm
Sekumpulan penunggang basikal kerumuni kereta, polis buat siasatan
August 1, 2025, 12:47 pm
Pelajar belasah rakan sekelas di pusat beli-belah, empat ditahan
August 1, 2025, 9:23 am
Ibu angkat bayi maut dengan kesan lebam di Cheras didapati positif dadah
July 31, 2025, 6:03 pm
Dua beradik ditahan miliki pistol dan peluru hidup di Bidor
July 30, 2025, 11:41 am
Lelaki gagal seludup 14 kambing di sempadan Kelantan
July 30, 2025, 7:05 am
Pelajar tingkatan dua tumbuk guru kerana ditegur ponteng kelas
July 29, 2025, 6:32 pm