Berita Jenayah
Polis siasat penipuan pelaburan mesin kopi layan diri babit kerugian RM6.7 juta

SHAH ALAM 6 Jun - Polis Selangor telah menerima 101 laporan berkaitan penipuan pelaburan mesin kopi layan diri yang ditawarkan oleh dua syarikat, melibatkan kerugian keseluruhan sebanyak RM6.7 juta sejak Januari hingga April tahun ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini 10 kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, manakala baki 91 laporan dirujuk ke kertas siasatan yang telah dibuka.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa diberi penerangan dan representasi oleh suspek mengenai pelaburan berasaskan pembelian mesin layan diri yang menjanjikan pulangan tinggi.
“Pada awalnya mangsa ada menerima keuntungan, namun selepas beberapa lama tiada lagi sebarang pulangan diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, kertas siasatan lengkap telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, dan keputusan dibuat bahawa tiada pertuduhan di bawah jenayah penipuan akan dikenakan.
Sebaliknya, mangsa disaran mengambil tindakan saman sivil atas pelanggaran kontrak bagi mendapatkan semula wang pelaburan mereka daripada syarikat terbabit.
Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar berwaspada terhadap pelaburan yang menjanjikan pulangan tidak munasabah, terutama melalui aplikasi yang tidak diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). – Media Telus
Berita berkaitan
August 1, 2025, 6:32 pm
PGA tahan pasangan kekasih, rampas 6,000 pil yaba di Tanah Merah
August 1, 2025, 3:35 pm
Sekumpulan penunggang basikal kerumuni kereta, polis buat siasatan
August 1, 2025, 12:47 pm
Pelajar belasah rakan sekelas di pusat beli-belah, empat ditahan
August 1, 2025, 9:23 am
Ibu angkat bayi maut dengan kesan lebam di Cheras didapati positif dadah
July 31, 2025, 6:03 pm
Dua beradik ditahan miliki pistol dan peluru hidup di Bidor
July 30, 2025, 11:41 am
Lelaki gagal seludup 14 kambing di sempadan Kelantan
July 30, 2025, 7:05 am
Pelajar tingkatan dua tumbuk guru kerana ditegur ponteng kelas
July 29, 2025, 6:32 pm