Berita Jenayah
Peniaga wanita rugi RM47,000 akibat cinta palsu maya

BESUT 6 Jun — Seorang peniaga wanita berusia 34 tahun mengalami kerugian sebanyak RM47,000 selepas terpedaya dengan 'teman lelaki maya' yang dikenalinya melalui aplikasi perkenalan OMI, kira-kira enam bulan lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu, wanita tersebut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut selepas menyedari dirinya telah diperdaya.
“Mangsa mendakwa suspek sering memberi pelbagai alasan untuk meminjam wang, dan mangsa akur menyerahkan wang secara berperingkat sepanjang tempoh perkenalan mereka,” katanya hari ini.
Tambahnya, mangsa telah melakukan sebanyak 43 transaksi secara dalam talian ke dalam tiga akaun bank berbeza yang diberikan oleh suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen berkaitan jenayah penipuan, dan pihak polis menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada serta tidak mudah terpedaya dengan hubungan maya yang belum disahkan kesahihannya. – Media Telus
Berita berkaitan
August 1, 2025, 6:32 pm
PGA tahan pasangan kekasih, rampas 6,000 pil yaba di Tanah Merah
August 1, 2025, 3:35 pm
Sekumpulan penunggang basikal kerumuni kereta, polis buat siasatan
August 1, 2025, 12:47 pm
Pelajar belasah rakan sekelas di pusat beli-belah, empat ditahan
August 1, 2025, 9:23 am
Ibu angkat bayi maut dengan kesan lebam di Cheras didapati positif dadah
July 31, 2025, 6:03 pm
Dua beradik ditahan miliki pistol dan peluru hidup di Bidor
July 30, 2025, 11:41 am
Lelaki gagal seludup 14 kambing di sempadan Kelantan
July 30, 2025, 7:05 am
Pelajar tingkatan dua tumbuk guru kerana ditegur ponteng kelas
July 29, 2025, 6:32 pm