TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kelindan bas nahas UPSI masih dirawat, bukan maut seperti dilapor

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU 4 Jun – Kelindan bas yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Jeli–Gerik yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), disahkan masih hidup dan kini dirawat di Hospital Taiping, Perak.

Pemandu bas terbabit, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, berkata kelindan bas yang juga bapa saudaranya, Samsudin Hamat, dalam lingkungan usia 50-an, hanya cedera dan sedang menunggu menjalani pembedahan.

“Saya terkejut apabila ada laporan mengatakan kelindan bas meninggal dunia. Ramai ahli keluarga juga bertanya perkara yang sama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, tular maklumat tidak tepat mendakwa Samsudin termasuk dalam senarai mangsa yang terkorban dalam nahas tersebut.

Siasatan awal pihak polis mendapati insiden berlaku apabila bas yang membawa pelajar UPSI dari Terengganu ke Tanjung Malim melanggar belakang sebuah Perodua Alza sebelum terbalik di Kilometer 53, Jalan Raya Timur–Barat (JRTB).

Nahas itu meragut nyawa 15 pelajar, manakala empat sekeluarga yang menaiki MPV turut cedera. – Media Telus

+ - reset