Berita Berita
10 pelajar UPSI di ICU terima bantuan segera RM1,000

PUTRAJAYA 10 Jun – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menyalurkan bantuan segera sebanyak RM1,000 kepada 10 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di dua hospital di Perak.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bantuan tersebut disalurkan melalui Yayasan Kebajikan Negara di bawah Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa.
Menurut beliau, Timbalan Menteri, Datuk Seri Noraini Ahmad akan mewakilinya bagi menziarahi pelajar-pelajar yang terjejas.
“Lapan pelajar sedang dirawat di Hospital Taiping manakala dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Wanita 2025 “EmpowerHER: Engage Energise Elevate” di sini hari ini.
Nancy berkata, kementerian juga sedang mempertimbangkan bentuk bantuan dan sokongan lain kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
“Saya percaya keluarga memerlukan masa untuk meratapi kehilangan ini. Bantuan bukan sekadar wang tunai, tetapi lebih kepada sokongan emosi,” katanya sambil menambah bahawa kementerian bersedia menawarkan khidmat kaunselor profesional.
“Namun kita tidak boleh hadir terlalu awal kerana mereka masih dalam keadaan trauma,” tambahnya.
Kemalangan tragis itu berlaku antara pukul 12.30 tengah malam hingga 1 pagi semalam di Lebuh Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, apabila bas persiaran yang membawa pelajar UPSI dari Jertih ke Tanjung Malim bertembung dengan sebuah Perodua Alza lalu terbalik.
Insiden itu meragut 15 nyawa pelajar dan mencederakan 33 yang lain termasuk pemandu dan kelindan bas, serta pemandu dan penumpang Alza. – Media Telus
Berita berkaitan
June 11, 2025, 4:41 pm
Kadar pengangguran Malaysia turun kepada tiga peratus, terendah dalam 10 tahun
June 11, 2025, 4:35 pm
Pasukan Hospital Gerik, anda sungguh luar biasa - KP Kesihatan
June 11, 2025, 4:18 pm
Kerajaan umum bantuan tambahan RM5,000 hingga RM10,000 kepada mangsa tragedi bas UPSI
June 11, 2025, 3:55 pm
Bapa mangsa tragedi bas UPSI reda pemergian anak, maafkan pemandu bas
June 11, 2025, 3:28 pm
SPRM serbu rumah 'Tan Sri' di Melaka berkait penyelewengan dana sukuk lebuh raya
June 11, 2025, 2:33 pm
Polis Kelantan lupus dadah lebih RM11 juta dikumpul sejak 1997
June 11, 2025, 2:27 pm