Berita Berita
Lee Zii Jia tidak sertai program Road to Gold 2025 kerana masih cedera

KUALA LUMPUR 10 Jun – Pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia, mengesahkan beliau tidak akan menyertai Program Road to Gold (RTG) bagi kitaran 2025 kerana masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan.
Menurut kenyataan rasmi daripada pasukan medianya, TeamLZJ, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan teliti dan dengan penuh penghargaan terhadap peluang yang diberikan oleh Jawatankuasa RTG.
“RTG ialah program untuk yang terbaik antara yang terbaik dalam negara dan memandangkan Zii Jia masih dalam fasa pemulihan, kami merasakan bantuan sepatutnya diberi kepada rakan sepasukan lain yang lebih memerlukannya ketika ini,” jelas kenyataan tersebut.
TeamLZJ turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh serta Penyelaras RTG, Datuk Stuart Ramalingam, atas kesudian bertemu dengan Zii Jia secara peribadi bagi membincangkan penyertaannya dalam program berkenaan.
Lee Zii Jia sebelum ini dilihat sebagai antara calon utama negara untuk meraih pingat di temasya Olimpik akan datang, namun beliau kekal sebagai pemain profesional bebas dan akan meneruskan kerjayanya dengan sokongan penuh daripada pasukannya sendiri. – Media Telus
Berita berkaitan
June 11, 2025, 4:41 pm
Kadar pengangguran Malaysia turun kepada tiga peratus, terendah dalam 10 tahun
June 11, 2025, 4:35 pm
Pasukan Hospital Gerik, anda sungguh luar biasa - KP Kesihatan
June 11, 2025, 4:18 pm
Kerajaan umum bantuan tambahan RM5,000 hingga RM10,000 kepada mangsa tragedi bas UPSI
June 11, 2025, 3:55 pm
Bapa mangsa tragedi bas UPSI reda pemergian anak, maafkan pemandu bas
June 11, 2025, 3:28 pm
SPRM serbu rumah 'Tan Sri' di Melaka berkait penyelewengan dana sukuk lebuh raya
June 11, 2025, 2:33 pm
Polis Kelantan lupus dadah lebih RM11 juta dikumpul sejak 1997
June 11, 2025, 2:27 pm