TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mahkamah benarkan Anwar tangguh perbicaraan saman Yusoff Rawther

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 10 Jun - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan perbicaraan kes saman yang difailkan oleh bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther.

Kes saman berkenaan berkait satu insiden yang didakwa berlaku sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri dan dijadualkan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula 16 Jun ini.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Supang Lian memutuskan supaya semua prosiding termasuk perbicaraan penuh ditangguhkan sementara sehingga permohonan rasmi penangguhan didengar dan diputuskan pada 21 Julai ini.

Turut menganggotai panel itu ialah Datuk Faizah Jamaludin dan Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin.

“Sehubungan itu, kami dengan ini mengeluarkan perintah ad-interim (relif sementara mengekalkan status quo) untuk menangguhkan semua prosiding, termasuk perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi, sementara menunggu pelupusan permohonan penangguhan oleh perayu,” kata Supang dalam keputusannya.

Beliau menjelaskan, selepas meneliti hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah mendapati bahawa pihaknya mempunyai kuasa di bawah Seksyen 44 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk mengeluarkan perintah sementara bagi memelihara integriti permohonan penangguhan oleh pihak Anwar.

Terdahulu, peguam Anwar, Datuk Seri Rajasegaran Krishnan memaklumkan bahawa perbicaraan penuh permohonan penangguhan dijadualkan pada 21 Julai ini.

+ - reset