Berita Berita
KPM nilai kerosakan SM Sains Alam Shah selepas kebakaran

NIBONG TEBAL 10 Jun – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menjalankan penilaian terhadap kerosakan bangunan pentadbiran Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, susulan kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.
Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata penilaian itu penting bagi membolehkan kementerian menyalurkan bantuan sewajarnya dalam kadar segera.
"Kita ambil tindakan segera dan memastikan keselamatan semua pihak. Kita juga pastikan kebajikan guru dan murid terjamin dengan menempatkan mereka di lokasi yang selamat sementara menunggu tempat pengajaran yang kondusif disediakan," katanya.
Menurut Fadhlina, Ketua Setiausaha KPM telah diarahkan untuk membuat penilaian menyeluruh terhadap kerosakan agar bantuan dapat disalurkan segera.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Sambutan Pelajar Program Pendidikan Tingkatan Enam di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi, kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat satu blok pentadbiran sekolah yang menempatkan bilik guru, bilik fail dan makmal. Api memusnahkan hampir keseluruhan struktur di lokasi tersebut.
Tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu. – Media Telus
Berita berkaitan
June 11, 2025, 4:41 pm
Kadar pengangguran Malaysia turun kepada tiga peratus, terendah dalam 10 tahun
June 11, 2025, 4:35 pm
Pasukan Hospital Gerik, anda sungguh luar biasa - KP Kesihatan
June 11, 2025, 4:18 pm
Kerajaan umum bantuan tambahan RM5,000 hingga RM10,000 kepada mangsa tragedi bas UPSI
June 11, 2025, 3:55 pm
Bapa mangsa tragedi bas UPSI reda pemergian anak, maafkan pemandu bas
June 11, 2025, 3:28 pm
SPRM serbu rumah 'Tan Sri' di Melaka berkait penyelewengan dana sukuk lebuh raya
June 11, 2025, 2:33 pm
Polis Kelantan lupus dadah lebih RM11 juta dikumpul sejak 1997
June 11, 2025, 2:27 pm