TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Fahmi tegur kandungan sensitif tragedi UPSI, minta hormati keluarga mangsa

By
|
Kongsi
image

SINTOK 10 Jun – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegur tindakan segelintir pihak yang menghasilkan kandungan media sosial bersifat sensitif berhubung tragedi kemalangan di Jalan Gerik–Jeli yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Beliau berkata, kandungan sedemikian boleh mengguris hati keluarga mangsa yang masih dalam keadaan berduka.

“Saya minta agar kita semua beri ruang kepada keluarga mangsa. Saya sendiri lihat beberapa kandungan yang dimuat naik, walaupun bertujuan menyampaikan ucapan takziah, tetapi dilakukan di lokasi kejadian yang masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita di Universiti Utara Malaysia (UUM), hari ini.

Beliau terdahulu merasmikan Forum Siber, Suara dan Sempadan: Merungkai Dinamika Kebebasan Media Dalam Era Digital di UUM, dihadiri Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Yong Soo Heong dan Timbalan Naib Canselor UUM, Prof. Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed.

Mengulas lanjut, Fahmi menegaskan pentingnya masyarakat mengamalkan adab dan kepekaan ketika mengulas atau berkongsi maklumat berkenaan tragedi berkenaan di media sosial.

“Kita perlu berpada-pada. Hormatilah perasaan keluarga yang kehilangan anak-anak mereka. Tragedi ini menyentuh hati seluruh rakyat,” katanya.

Tambah beliau, insiden berkenaan dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan sebarang tindakan lanjut akan ditentukan berdasarkan laporan siasatan penuh oleh pihak berkuasa. – Media Telus

+ - reset