Berita Jenayah
Polis buru lelaki Myanmar disyaki terlibat kes bunuh di Tangkak

TANGKAK, 12 Jun – Polis sedang giat mengesan seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki terlibat dalam satu kes pembunuhan di sebuah rumah sewa di Jalan Kemajuan, Tangkak, pada malam Rabu lalu.
Suspek dikenali sebagai Cho Min Tun, berumur 24 tahun, yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7 malam dan siasatan awal mendapati suspek melarikan diri sejurus selepas insiden.
“Polis kini dalam usaha mengesan suspek bagi membantu siasatan kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta segera menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di 06-9785222 atau Pegawai Penyiasat kes di talian 019-2699573.
Polis turut menggesa masyarakat agar tidak mengambil tindakan sendiri dan menyalurkan sebarang maklumat secara rasmi bagi membantu siasatan. - Media Telus
Berita berkaitan
August 1, 2025, 6:32 pm
PGA tahan pasangan kekasih, rampas 6,000 pil yaba di Tanah Merah
August 1, 2025, 3:35 pm
Sekumpulan penunggang basikal kerumuni kereta, polis buat siasatan
August 1, 2025, 12:47 pm
Pelajar belasah rakan sekelas di pusat beli-belah, empat ditahan
August 1, 2025, 9:23 am
Ibu angkat bayi maut dengan kesan lebam di Cheras didapati positif dadah
July 31, 2025, 6:03 pm
Dua beradik ditahan miliki pistol dan peluru hidup di Bidor
July 30, 2025, 11:41 am
Lelaki gagal seludup 14 kambing di sempadan Kelantan
July 30, 2025, 7:05 am
Pelajar tingkatan dua tumbuk guru kerana ditegur ponteng kelas
July 29, 2025, 6:32 pm