Berita Jenayah
Tiga warga Indonesia dikurung, diikat dengan rantai besi selama setahun diselamatkan polis

GEORGETOWN 12 Jun - Tiga lelaki warga Indonesia yang dipercayai telah dikurung hampir setahun di sebuah unit kondominium di Jalan Dr Wu Lien Teh di sini berjaya diselamatkan polis negeri ini dalam satu serbuan kelmarin.
Pendedahan kes bermula apabila seorang lelaki dari Aceh, Indonesia, yang datang ke Malaysia untuk mencari ahli keluarganya yang hilang sejak setahun lalu, tampil membuat laporan polis.
Ketiga-tiga mangsa didakwa dikurung dalam kediaman tersebut dengan kaki mereka dirantai besi dan diikat pada jeriji tingkap. Lebih mengejutkan, mereka tidak saling mengenali antara satu sama lain dan pasport milik masing-masing dipegang oleh seorang suspek atas alasan untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan.
“Seorang daripada mangsa sempat menghantar lokasi mereka kepada keluarganya di Aceh sebelum pengadu membuat laporan kepada pihak polis,” kata sumber.
Difahamkan, polis kini sedang giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif mangsa dikurung serta kemungkinan penglibatan suspek lain dalam kejadian itu.
Susulan serbuan tersebut, empat individu termasuk seorang wanita warga asing telah ditahan dan kini direman selama empat hari bermula hari ini hingga 14 Jun.
Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia antara 40 hingga 55 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Azlan Basri di Mahkamah Georgetown bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 344 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mengurung seseorang secara salah.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, mengesahkan penahanan dan siasatan berkaitan kes tersebut.
Berita berkaitan
August 1, 2025, 6:32 pm
PGA tahan pasangan kekasih, rampas 6,000 pil yaba di Tanah Merah
August 1, 2025, 3:35 pm
Sekumpulan penunggang basikal kerumuni kereta, polis buat siasatan
August 1, 2025, 12:47 pm
Pelajar belasah rakan sekelas di pusat beli-belah, empat ditahan
August 1, 2025, 9:23 am
Ibu angkat bayi maut dengan kesan lebam di Cheras didapati positif dadah
July 31, 2025, 6:03 pm
Dua beradik ditahan miliki pistol dan peluru hidup di Bidor
July 30, 2025, 11:41 am
Lelaki gagal seludup 14 kambing di sempadan Kelantan
July 30, 2025, 7:05 am
Pelajar tingkatan dua tumbuk guru kerana ditegur ponteng kelas
July 29, 2025, 6:32 pm