Berita Jenayah
Penyanyi rap tempatan ditahan di Laos cuba seludup 86kg ganja ke Jerman

KUALA LUMPUR 12 Jun - Seorang penyanyi rap tempatan bersama dua rakannya ditahan pihak berkuasa Laos selepas cuba menyeludup 103 bungkusan ganja seberat kira-kira 86 kilogram melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 27 Mei lalu.
Penyanyi yang merupakan anggota sebuah kumpulan rap terkenal tanah air itu dipercayai cuba membawa dadah tersebut ke Jerman menggunakan penerbangan Thai Airways.
Menurut laporan media tempatan di Laos, kesemua suspek ditahan dalam satu pemeriksaan rutin oleh pegawai kastam, penguat kuasa lapangan terbang dan agensi berkaitan. Pemeriksaan ke atas enam beg milik mereka menemui ganja yang disembunyikan dalam bagasi.
Pihak berkuasa Laos mengesahkan ketiga-tiga suspek kini ditahan dan akan didakwa mengikut undang-undang negara itu. Siasatan lanjut masih dijalankan.
Insiden ini dikatakan susulan beberapa kes penyeludupan dadah yang berlaku di lapangan terbang berkenaan sejak kebelakangan ini. - Media Telus
Berita berkaitan
August 1, 2025, 6:32 pm
PGA tahan pasangan kekasih, rampas 6,000 pil yaba di Tanah Merah
August 1, 2025, 3:35 pm
Sekumpulan penunggang basikal kerumuni kereta, polis buat siasatan
August 1, 2025, 12:47 pm
Pelajar belasah rakan sekelas di pusat beli-belah, empat ditahan
August 1, 2025, 9:23 am
Ibu angkat bayi maut dengan kesan lebam di Cheras didapati positif dadah
July 31, 2025, 6:03 pm
Dua beradik ditahan miliki pistol dan peluru hidup di Bidor
July 30, 2025, 11:41 am
Lelaki gagal seludup 14 kambing di sempadan Kelantan
July 30, 2025, 7:05 am
Pelajar tingkatan dua tumbuk guru kerana ditegur ponteng kelas
July 29, 2025, 6:32 pm