Berita Jenayah
Polis buru suspek baling mercun hingga rosakkan 3 rumah di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM 13 Jun - Tiga buah rumah di Taman Serumpun di sini mengalami kerosakan teruk di bahagian siling dan halaman selepas berlaku satu letupan kuat dipercayai berpunca daripada mercun yang dibaling awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung bunyi letupan tersebut sekitar jam 1.05 pagi.
“Hasil siasatan awal mendapati letupan itu dipercayai akibat mercun yang dibaling ke dalam salah satu rumah terbabit. Letupan kuat itu menyebabkan dua lagi kediaman bersebelahan turut mengalami kerosakan.
“Ketiga-tiga rumah tersebut didapati rosak pada bahagian siling dan halaman, termasuk kenderaan yang diparkir di hadapan rumah turut mengalami kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Helmi, siasatan awal turut mendapati kejadian dipercayai bermotifkan hutang dan melibatkan dua suspek yang menaiki sebuah kereta.
“Usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan,” tambahnya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Assan Alimudin di talian 012-4418081.
Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan bahan letupan serta Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957.
Berita berkaitan
August 1, 2025, 6:32 pm
PGA tahan pasangan kekasih, rampas 6,000 pil yaba di Tanah Merah
August 1, 2025, 3:35 pm
Sekumpulan penunggang basikal kerumuni kereta, polis buat siasatan
August 1, 2025, 12:47 pm
Pelajar belasah rakan sekelas di pusat beli-belah, empat ditahan
August 1, 2025, 9:23 am
Ibu angkat bayi maut dengan kesan lebam di Cheras didapati positif dadah
July 31, 2025, 6:03 pm
Dua beradik ditahan miliki pistol dan peluru hidup di Bidor
July 30, 2025, 11:41 am
Lelaki gagal seludup 14 kambing di sempadan Kelantan
July 30, 2025, 7:05 am
Pelajar tingkatan dua tumbuk guru kerana ditegur ponteng kelas
July 29, 2025, 6:32 pm