TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Jurulatih karate disyaki cabul pelatih wanita sakit kaki di akademi di Shah Alam

By
|
Kongsi
image

 

SHAH ALAM, 14 Jun – Seorang jurulatih seni mempertahankan diri ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang pelatih wanita di sebuah akademi karate di Seksyen 9, di sini, baru-baru ini.

Suspek berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 pagi pada 7 Mei lalu hasil tindakan susulan selepas laporan polis dibuat oleh mangsa pada 5 Mei.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, semakan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang kemudiannya memutuskan kes itu diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Ramsay berkata siasatan masih terbuka dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan untuk tampil membantu siasatan.

“Mereka boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Che Fareez Qusyairy Che Omar di talian 018-2929263,” katanya.

Mengulas kejadian, Ramsay menjelaskan ia berlaku pada Mac lalu ketika mangsa tidak menghadiri sesi latihan disebabkan kecederaan di bahagian kaki.

“Suspek kemudian menawarkan diri untuk mengurut kaki mangsa dan wanita itu bersetuju. Namun semasa proses itu, lelaki terbabit bertindak memegang kemaluan mangsa.

“Ketika kejadian, hanya mereka berdua berada dalam akademi. Mangsa kemudian bertindak menolak lelaki itu sebelum meninggalkan lokasi,” katanya.

Tambah beliau, mangsa lewat membuat laporan polis kerana takut tindakan itu akan menjejaskan kedudukannya dalam pasukan, memandangkan suspek adalah jurulatih utama.

Terdahulu, media melaporkan mengenai dakwaan seorang wanita dicabul oleh jurulatih seni mempertahankan diri dalam kejadian yang menggemparkan komuniti sukan tempatan.

+ - reset