Berita Jenayah
Jurulatih bola sepak ditahan, disyaki cabul dua remaja perempuan bawah umur

KOTA TINGGI, 16 Jun – Seorang jurulatih bola sepak berusia lingkungan 30-an ditahan pihak polis selepas disyaki mencabul dua remaja perempuan dalam dua kejadian berasingan yang berlaku di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima dua laporan polis daripada mangsa yang mendakwa kejadian berlaku pada hari Selasa dan Rabu lalu.
Menurut beliau, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 13 tahun mendakwa dicabul oleh suspek di empat lokasi berbeza sekitar Kota Tinggi.
"Susulan laporan yang diterima, polis menahan seorang lelaki tempatan pada Rabu lalu dan saringan ujian air kencing mendapati suspek bebas daripada sebarang pengaruh dadah.
"Namun, semakan rekod lampau mendapati dia pernah disabitkan dengan satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya lagi, suspek telah direman selama enam hari bermula 12 Jun sehingga 17 Jun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di talian 07-8837222 atau mengunjungi balai polis berdekatan.
Berita berkaitan
August 1, 2025, 6:32 pm
PGA tahan pasangan kekasih, rampas 6,000 pil yaba di Tanah Merah
August 1, 2025, 3:35 pm
Sekumpulan penunggang basikal kerumuni kereta, polis buat siasatan
August 1, 2025, 12:47 pm
Pelajar belasah rakan sekelas di pusat beli-belah, empat ditahan
August 1, 2025, 9:23 am
Ibu angkat bayi maut dengan kesan lebam di Cheras didapati positif dadah
July 31, 2025, 6:03 pm
Dua beradik ditahan miliki pistol dan peluru hidup di Bidor
July 30, 2025, 11:41 am
Lelaki gagal seludup 14 kambing di sempadan Kelantan
July 30, 2025, 7:05 am
Pelajar tingkatan dua tumbuk guru kerana ditegur ponteng kelas
July 29, 2025, 6:32 pm