Berita Berita
Pemuda MCA sokong cadangan hidupkan semula GST

KUALA LUMPUR 16 Jun – Pemuda MCA menyatakan sokongan terhadap cadangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh agar kerajaan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) demi kepentingan rakyat dan kestabilan fiskal negara.
Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA merangkap Naib Ketua Pemuda MCA Selangor, Jacky Kuai Sin Keong berkata, langkah tersebut menunjukkan Akmal bukan hanya memperjuangkan kepentingan kaum atau parti tertentu, tetapi seluruh rakyat Malaysia.
“Kali ini, Akmal bukan hanya bersuara untuk satu kaum atau parti, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Sikap sebegini harus dicontohi oleh semua ahli politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Jacky, bermula 1 Julai ini, kerajaan akan memperluas skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) secara besar-besaran yang melibatkan sektor seperti sewaan, pembinaan, kewangan, perubatan swasta, pendidikan dan kecantikan.
Selain itu, kadar cukai jualan bagi barangan tidak perlu akan dinaikkan kepada lima peratus, manakala barangan mewah pula akan dikenakan cukai sehingga 10 peratus.
“Langkah ini jelas membebankan rakyat, bukan meringankan. Malah, senarai barangan bebas cukai turut dikurangkan secara drastik daripada lebih 8,000 kepada hanya 1,800 barangan,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan semula GST adalah wajar kerana sistem itu lebih telus, berstruktur dan mempunyai mekanisme kredit cukai input yang dapat mengelakkan cukai berganda.
“Rakyat tidak tolak cukai, mereka hanya mahukan sistem yang adil dan jelas. SST pula bersifat bertingkat, menyebabkan pengguna bayar lebih tanpa mereka sedar,” tambahnya.
Jacky turut menyeru kerajaan agar tidak terus dibelenggu oleh janji politik masa lalu dan sebaliknya meletakkan keutamaan kepada kepentingan rakyat serta kestabilan ekonomi negara. – Media Telus
Berita berkaitan
June 16, 2025, 8:05 pm
Latihan jangka pendek mampu lahirkan tenaga kerja berkualiti – Steven Sim
June 16, 2025, 6:17 pm
Jaga integriti, penjawat awam dilarang main TikTok, FB ketika bertugas
June 16, 2025, 5:15 pm
Lebih 750,000 pekerja logistik tonggak kelangsungan rantaian bekalan - Steven Sim
June 16, 2025, 4:55 pm
150,557 lepasan SPM 2024 diterima masuk IPTA - KPT
June 16, 2025, 4:33 pm
Lebih 10 mayat termasuk bayi ditemui di Sungai Klang
June 16, 2025, 4:08 pm
Ganja dibungkus seperti belacan, coklat dan keropok lekor dirampas di sempadan
June 16, 2025, 3:50 pm
Ahli Parlimen dakwa rakyat bakal derita ‘penyakit ekonomi tiga serangkai’
June 16, 2025, 3:44 pm
Murid perempuan dakwa dibuli hingga alami pendarahan, dirawat di hospital
June 16, 2025, 3:29 pm