Berita Berita
Naim Daniel tiba di mahkamah Putrajaya

PUTRAJAYA, 17 Jun – Kehadiran penyanyi dan pelakon terkenal, Naim Daniel di Mahkamah Sesyen Putrajaya pagi ini menguatkan spekulasi bahawa beliau adalah selebriti yang dikaitkan dengan dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Naim atau nama penuhnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, dilihat tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.34 pagi menaiki sebuah kereta Mercedes putih, lengkap berpakaian sut hitam dan ditemani ibunya, Nora Taherah.
Ketika ditanya media mengenai kehadirannya, Naim hanya sempat menjawab ringkas, “Assalamualaikum, okey Insya-Allah,” sebelum beredar memasuki bangunan mahkamah tanpa mengulas lanjut.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa pihak Pejabat Pendakwa Raya Selangor telah mengeluarkan arahan tuduh terhadap suspek dalam kes tersebut.
Menurutnya, suspek akan didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.
Kosmo! sebelum ini melaporkan bahawa selebriti berkenaan ditahan pada 3 Jun lalu selepas disyaki melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap remaja perempuan tersebut di sebuah hotel di Selangor. Difahamkan, pertemuan itu merupakan kali pertama mereka berjumpa secara bersemuka selepas berkenalan kira-kira dua bulan lalu.
Suspek kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.
Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan dan pihak pendakwaan dijangka mengemukakan pertuduhan dalam masa terdekat. - Media Telus
Berita berkaitan
June 17, 2025, 3:59 pm
Jumlah hari sekolah kekal tiap tahun, NUTP nafi guru tak sempat tamat silibus
June 17, 2025, 3:44 pm
Maszlee dakwa jemputan ucaptama di IPTA dibatalkan kerana tiada tauliah agama
June 17, 2025, 3:43 pm
'Bukan mudah tinggalkan NRES' - Nik Nazmi kekal letak jawatan
June 17, 2025, 3:07 pm
Penyanyi Sheqal meninggal dunia
June 17, 2025, 2:37 pm
Akta 652 bakal digubal, TVET diangkat setaraf PHD - Steven
June 17, 2025, 11:38 am
'Tiada keperluan rombak Kementerian Ekonomi, selamat maju jaya Rafizi' - Anwar
June 17, 2025, 11:02 am