Berita Berita
Bekas Presiden MIC, G Palanivel meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 17 Jun - Bekas Presiden MIC, G Palanivel, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi tadi pada usia 70 tahun.
Berita pemergian beliau disahkan Naib Presiden MIC, T Murugiah, yang memaklumkan Palanivel menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi.
Palanivel yang juga bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, menyertai MIC sebagai ahli biasa pada tahun 1968 sebelum meniti tangga kepimpinan dalam parti.
Beliau mengambil alih kepimpinan MIC sebagai Presiden pada tahun 2010, menggantikan Tan Sri S Samy Vellu yang berundur selepas lebih tiga dekad menerajui parti berkenaan.
Sepanjang penglibatannya dalam politik, Palanivel turut pernah dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, selain menyandang beberapa jawatan penting dalam kerajaan.
Palanivel dikenang sebagai antara tokoh politik India yang banyak menyumbang dalam memperjuangkan isu masyarakat India dan pembangunan sosioekonomi negara.
Berita berkaitan
June 17, 2025, 3:59 pm
Jumlah hari sekolah kekal tiap tahun, NUTP nafi guru tak sempat tamat silibus
June 17, 2025, 3:44 pm
Maszlee dakwa jemputan ucaptama di IPTA dibatalkan kerana tiada tauliah agama
June 17, 2025, 3:43 pm
'Bukan mudah tinggalkan NRES' - Nik Nazmi kekal letak jawatan
June 17, 2025, 3:07 pm
Penyanyi Sheqal meninggal dunia
June 17, 2025, 2:37 pm
Akta 652 bakal digubal, TVET diangkat setaraf PHD - Steven
June 17, 2025, 11:38 am
'Tiada keperluan rombak Kementerian Ekonomi, selamat maju jaya Rafizi' - Anwar
June 17, 2025, 11:02 am