Berita Berita
Wajah bandar raya 'cacat', Dr Zaliha arah JWP tangani isu ribuan kenderaan terbiar di KL, Putrajaya

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah diarahkan untuk mengadakan perbincangan segera dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi meneliti dan menyelesaikan kelompongan perundangan sedia ada berkaitan pelupusan kenderaan terbiar di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, tindakan itu perlu dilaksanakan segera memandangkan jumlah aduan awam yang tinggi berkaitan isu berkenaan yang kini mencemarkan wajah bandar raya.
“Di Kuala Lumpur saja, aduan awam berkaitan kenderaan terbiar mencecah lebih 2,500 kes setiap tahun. Ini bukan angka kecil dan tidak wajar dibiarkan berlarutan,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.
Beliau berkata, antara kekangan utama ketika ini adalah halangan perundangan yang menyebabkan kenderaan terbiar di premis swasta tidak boleh ditunda ke depot pihak berkuasa tempatan (PBT).
Selain itu, terdapat juga kenderaan yang telah berada di depot PBT untuk tempoh lama tetapi masih belum dapat dilupuskan kerana kekangan undang-undang.
Bagi meninjau sendiri pelaksanaan pelupusan yang lebih efisien dan lestari, Dr Zaliha turut mengadakan lawatan kerja ke Car Medic Sdn Bhd, sebuah pusat rawatan automotif berlesen yang menjalankan pelupusan kenderaan yang telah dilucut hak mengikut undang-undang.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa kenderaan terbiar tidak boleh dibiarkan terus mencacatkan wajah bandar raya, justeru cadangan penyelesaian tuntas dan menyeluruh perlu dirangka segera oleh semua agensi berkaitan.
Dalam pada itu, Dr Zaliha turut menggalakkan pemilik kenderaan yang ingin melakukan pelupusan secara sukarela agar berurusan terus dengan pusat rawatan automotif berlesen, seperti Car Medic.
“Proses ini mudah dan pemilik akan menerima bayaran tunai berdasarkan keadaan kenderaan,” ujarnya.
Langkah ini, katanya, bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah kenderaan terbiar, tetapi turut menyumbang kepada pengurusan bandar raya yang lebih sistematik dan lestari.
Berita berkaitan
June 17, 2025, 3:59 pm
Jumlah hari sekolah kekal tiap tahun, NUTP nafi guru tak sempat tamat silibus
June 17, 2025, 3:44 pm
Maszlee dakwa jemputan ucaptama di IPTA dibatalkan kerana tiada tauliah agama
June 17, 2025, 3:43 pm
'Bukan mudah tinggalkan NRES' - Nik Nazmi kekal letak jawatan
June 17, 2025, 3:07 pm
Penyanyi Sheqal meninggal dunia
June 17, 2025, 2:37 pm
Akta 652 bakal digubal, TVET diangkat setaraf PHD - Steven
June 17, 2025, 11:38 am
'Tiada keperluan rombak Kementerian Ekonomi, selamat maju jaya Rafizi' - Anwar
June 17, 2025, 11:02 am