TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemuda maut motosikal terbabas langgar tiang elektrik

By
|
Kongsi
image

PASIR GUDANG 17 Jun – Seorang pemuda berusia 20 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh tiang elektrik dalam kejadian di Jalan Mesjid, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 11.05 malam.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dipercayai dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kampung Sentosa, Masai untuk pulang ke rumahnya.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang elektrik di bahu kanan jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memandu dengan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya,” ujarnya.

Mohd Sohaimi turut meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi talian 07-3864222. – Media Telus

+ - reset