Berita Jenayah
Dua lelaki direman, disyaki 'joli' wang persatuan kuil RM50,000

MELAKA 18 Jun – Seorang pengerusi dan setiausaha sebuah persatuan kuil di negeri ini direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang persatuan berjumlah RM50,000 yang berlaku pada tahun lalu.
Perintah reman sehingga 23 Jun itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Uthman Abd. Ghani terhadap dua lelaki berusia 61 dan 75 tahun selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka.
Difahamkan, kedua-dua suspek tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga.
Menurut sumber, kedua-duanya ditahan semalam pada jam 11.45 pagi ketika hadir untuk memberikan keterangan di Pejabat SPRM Melaka.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan mereka dengan mengeluarkan wang persatuan sebanyak RM50,000 tanpa sebarang kelulusan atau pembentangan kepada mesyuarat jawatankuasa.
“Difahamkan wang itu juga digunakan untuk tujuan peribadi mereka pada tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie mengesahkan penahanan dan perintah reman berkenaan ketika dihubungi media.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Berita berkaitan
August 1, 2025, 6:32 pm
PGA tahan pasangan kekasih, rampas 6,000 pil yaba di Tanah Merah
August 1, 2025, 3:35 pm
Sekumpulan penunggang basikal kerumuni kereta, polis buat siasatan
August 1, 2025, 12:47 pm
Pelajar belasah rakan sekelas di pusat beli-belah, empat ditahan
August 1, 2025, 9:23 am
Ibu angkat bayi maut dengan kesan lebam di Cheras didapati positif dadah
July 31, 2025, 6:03 pm
Dua beradik ditahan miliki pistol dan peluru hidup di Bidor
July 30, 2025, 11:41 am
Lelaki gagal seludup 14 kambing di sempadan Kelantan
July 30, 2025, 7:05 am
Pelajar tingkatan dua tumbuk guru kerana ditegur ponteng kelas
July 29, 2025, 6:32 pm