Berita Berita
Abdul Hadi stabil selepas jalani prosedur rawatan di IJN

KUALA TERENGGANU 18 Jun – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani satu prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.
Perkara itu disahkan oleh anaknya, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu.
Menurut Muhammad Khalil, prosedur yang dijalani Ahli Parlimen Marang itu berjaya disempurnakan.
"Abdul Hadi berada dalam keadaan baik dan kami mohon orang ramai terus mendoakan kesembuhan beliau," katanya.
Bagaimanapun, Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk enggan memperincikan jenis rawatan yang dijalankan terhadap bapanya.
Tambah beliau, atas nasihat doktor, Abdul Hadi tidak dibenarkan menerima sebarang pelawat buat masa ini.
“Saya mewakili keluarga mengucapkan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh doktor pakar dan pasukan perubatan IJN yang memberi perkhidmatan terbaik kepada Tuan Guru (Abdul Hadi),” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Abdul Hadi sebelum ini pernah mendapatkan rawatan susulan di IJN.
Berita berkaitan
June 18, 2025, 4:22 pm
Langkah penguatkuasaan jualan vape dadah dalam talian akan dibincang tiga kementerian
June 18, 2025, 4:13 pm
Kerajaan peruntuk RM20 juta naik taraf sekolah dalam kem tentera
June 18, 2025, 4:06 pm
Polis jamin tahap keselamatan Kuala Lumpur masih terkawal
June 18, 2025, 4:02 pm
Najib dibenar hadir prosiding rayuan peguam negara berhubung titah adendum
June 18, 2025, 3:53 pm
Salah laku pegawai, anggota polis Kelantan meningkat hampir 100 peratus
June 18, 2025, 3:33 pm
Pelajar maut motosikal ditunggang rempuh kereta depan sekolah di Melaka
June 18, 2025, 3:17 pm
Makin ramai pesara, penjawat awam di Kelantan jadi mangsa 'phone scam' - Polis
June 18, 2025, 2:50 pm
JMG Perak sahkan gegaran pagi tadi bukan akibat letupan kuari
June 18, 2025, 2:32 pm