Berita Berita
Ibu mentua Hamzah Zainudin maut dalam kebakaran rumah di Ipoh

IPOH, 20 Jun – Seorang warga emas, Salmiah Nyak Matt, 84, yang juga ibu mentua kepada Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin, maut dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Sungai Rapat Tambahan, di sini malam tadi.
Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang bilik bahagian bawah rumah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan penyelamat. Suami mangsa, Abdul Ghani Ngah, 83, pula dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas akibat insiden itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.19 malam, dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian.
“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati api telah memusnahkan kira-kira 80 peratus ruang bilik di bahagian bawah rumah. Seorang wanita warga emas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik tersebut dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Seorang lagi mangsa yang berada di tingkat atas rumah dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas,” katanya dalam kenyataan di sini.
Empat penghuni lain berusia antara 18 hingga 49 tahun yang berada di rumah semasa kebakaran berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.
Sayani memaklumkan, operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan satu pancutan air dari tangki jentera berjaya mengawal api pada jam 9.41 malam. Operasi keseluruhan tamat sepenuhnya pada jam 2.02 pagi.
Operasi membabitkan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, dengan bantuan BBP Ipoh dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Polis turut mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai kejadian ini,” ujarnya.
Berita berkaitan
June 20, 2025, 5:44 pm
Wan Rosdy: Keputusan DNAA terhadap Najib satu kemenangan moral
June 20, 2025, 5:25 pm
Pemuda UMNO dakwa pendakwaan terhadap Najib bermotif dendam, tiada bukti kukuh
June 20, 2025, 5:20 pm
Anwar ucap takziah kepada Hamzah Zainudin atas pemergian ibu mentua
June 20, 2025, 5:20 pm
Kadar tarif elektrik 'lebih adil' menanti 23.6 juta pengguna Julai ini
June 20, 2025, 4:03 pm
Jalan licin, ambulans KKM terbalik dalam perjalanan ambil pesakit di Melaka
June 20, 2025, 3:44 pm
Mohd. Khalid dilantik Ketua Polis Negara ke-15
June 20, 2025, 3:31 pm