Berita Berita
'Ramai lebih sayang rumah' - Bomba pindah 100 penduduk Taman Bukit Kemuning terperangkap banjir kilat

SHAH ALAM 20 Jun – Seramai lebih 100 penduduk Taman Bukit Kemuning dipindahkan ke pusat sementara selepas rumah mereka dilanda banjir kilat hari ini.
Ketua Bomba Zon Shah Alam, Ahmad Zaidi Safuan berkata, insiden itu melibatkan kira-kira 180 rumah dengan sebahagian kawasan kediaman dinaiki air melebihi satu meter.
Beliau memaklumkan, semua penduduk yang dipindahkan kini ditempatkan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Kemuning Utama sebagai langkah keselamatan.
“Ramai penduduk enggan berpindah kerana sayangkan rumah masing-masing. Keadaan ini boleh menyukarkan proses menyelamat sekiranya hujan lebat berulang. Penduduk berusia lebih 50 tahun wajib berpindah supaya pemantauan dan keselamatan lebih mudah dilaksanakan,” katanya.
Menurut Ahmad Zaidi, sistem saliran di kawasan perumahan itu bergantung sepenuhnya kepada pam air dan pemeriksaan mendapati sebuah pam utama tidak berfungsi untuk mengeluarkan air dari kawasan parit.
“Kita sudah maklumkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan mereka sedang berusaha mengaktifkan pam berkenaan,” jelasnya.
Operasi menyelamat melibatkan 48 anggota dan pegawai dari pelbagai agensi termasuk Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Bomba Sukarela Seri Kembangan, MBSA serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Berita berkaitan
June 20, 2025, 5:44 pm
Wan Rosdy: Keputusan DNAA terhadap Najib satu kemenangan moral
June 20, 2025, 5:25 pm
Pemuda UMNO dakwa pendakwaan terhadap Najib bermotif dendam, tiada bukti kukuh
June 20, 2025, 5:20 pm
Anwar ucap takziah kepada Hamzah Zainudin atas pemergian ibu mentua
June 20, 2025, 5:20 pm
Kadar tarif elektrik 'lebih adil' menanti 23.6 juta pengguna Julai ini
June 20, 2025, 4:03 pm
Jalan licin, ambulans KKM terbalik dalam perjalanan ambil pesakit di Melaka
June 20, 2025, 3:44 pm
Mohd. Khalid dilantik Ketua Polis Negara ke-15
June 20, 2025, 3:31 pm