Berita Jenayah
'Ibu dah rancang nak buat macam-macam lagi' - Ibu durjana sanggup saksi kekasih 61 tahun cabul, rogol anak perempuan bawah umur

KUALA LUMPUR 29 Jun - Seorang remaja perempuan terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dicabul dan dirogol oleh kekasih ibunya ketika sedang tidur, sambil diperhatikan wanita itu.
Menurut laporan Berita Harian, ibu mangsa didakwa berada di dalam bilik yang sama dan menyaksikan kejadian itu berlaku di rumah mereka di sini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, berkata kes berlaku pada pertengahan tahun lalu kira-kira jam 4 petang ketika mangsa berusia 14 tahun sedang tidur di bilik tidur ibunya.
"Mangsa terjaga apabila terasa seseorang menyentuhnya dan sebaik membuka matanya ternampak ibunya, 36 serta teman lelakinya berusia 61 tahun di sebelahnya.
"Suspek lelaki kemudian bertindak merogol mangsa, disaksikan ibunya," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambah beliau, pada 25 Jun lalu, mangsa turut melihat mesej antara ibunya dan lelaki itu merancang lebih banyak aktiviti seksual dan suspek menyatakan hasratnya untuk melakukan hubungan seks dengan mangsa di sebuah hotel.
Katanya, mangsa yang ketakutan melarikan diri ke rumah rakannya sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah untuk tindakan lanjut.
"Susulan itu, polis menahan ibu mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan teman lelakinya yang bekerja sendiri, semalam.
"Mereka direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang sepuluh tahun dan tidak lebih tiga puluh tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.
Berita berkaitan
August 1, 2025, 6:32 pm
PGA tahan pasangan kekasih, rampas 6,000 pil yaba di Tanah Merah
August 1, 2025, 3:35 pm
Sekumpulan penunggang basikal kerumuni kereta, polis buat siasatan
August 1, 2025, 12:47 pm
Pelajar belasah rakan sekelas di pusat beli-belah, empat ditahan
August 1, 2025, 9:23 am
Ibu angkat bayi maut dengan kesan lebam di Cheras didapati positif dadah
July 31, 2025, 6:03 pm
Dua beradik ditahan miliki pistol dan peluru hidup di Bidor
July 30, 2025, 11:41 am
Lelaki gagal seludup 14 kambing di sempadan Kelantan
July 30, 2025, 7:05 am
Pelajar tingkatan dua tumbuk guru kerana ditegur ponteng kelas
July 29, 2025, 6:32 pm