Berita Berita
Lee Hsien Loong iktiraf sumbangan Mahathir kepada Malaysia dan ASEAN

KUALA LUMPUR 10 Julai – Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan seorang pemimpin berpengaruh yang berjaya membentuk Malaysia sebagai sebuah negara moden dan dikenali dunia, kata bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
Dalam ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-100 Dr Mahathir, Hsien Loong turut mengiktiraf sumbangan tokoh itu kepada rantau Asia Tenggara, khususnya dalam memperkukuh perpaduan ASEAN.
“Di peringkat serantau, Dr Mahathir memperjuangkan perpaduan ASEAN kerana menyedari hanya dengan bersatu negara-negara anggota dapat mengekalkan dan memanfaatkan kemerdekaan yang diperoleh dengan susah payah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Tambah beliau, selepas puluhan tahun berbakti, Dr Mahathir telah memberikan impak besar kepada Malaysia dan juga ASEAN.
Mengulas hubungan dua hala, Hsien Loong menyatakan bahawa Singapura dan Malaysia sentiasa menjalin hubungan yang mendalam meskipun tidak sentiasa sependapat dalam semua isu.
“Saya dan para pendahulu saya menghargai peluang untuk bekerjasama rapat dengan Tun Mahathir. Kami telah mencapai kemajuan dalam banyak perkara sepanjang tempoh masing-masing sebagai Perdana Menteri, dan usaha ini akan diteruskan oleh para pengganti kami,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-99 tidak lama lagi.
“Dr Siti Hasmah memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan ibu dan anak serta memperjuangkan celik huruf di Malaysia. Sumbangan beliau tidak wajar dilupakan.
“Selamat Hari Lahir kepada Tun dan Dr Siti Hasmah. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta,” ujarnya. – Media Telus
Berita berkaitan
July 30, 2025, 5:48 pm
Dua anggota polis direman 7 hari disyaki terima rasuah RM635,000 'tutup' kes judi
July 30, 2025, 3:07 pm
Remaja 14 tahun mengaku salah tumbuk guru, mahkamah arah laporan akhlak
July 30, 2025, 2:24 pm
Empat pelajar digantung, 14 diberi amaran insiden buli tular – Fadhlina
July 30, 2025, 1:52 pm
Kelulusan permit masuk pasangan warga asing adil dan seimbang – Saifuddin
July 30, 2025, 1:21 pm
RM11.3 bilion pelaburan sektor pembuatan dilulus di bawah kerajaan MADANI
July 30, 2025, 1:13 pm
Projek Residensi Hektar Gombak disambung semula selepas terbengkalai tujuh tahun
July 30, 2025, 1:06 pm
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi di Kamchatka
July 30, 2025, 12:59 pm
Subsidi telur tamat 1 Ogos, bekalan dijamin stabil – Mohamad Sabu
July 30, 2025, 12:52 pm