Berita Berita
'Saya berkhidmat bukan demi wang, saya mahu buat sesuatu hingga berjaya' - Tun M seronok majukan Malaysia

KUALA LUMPUR 10 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tugas memimpin negara bukan satu bebanan, sebaliknya menjadi satu keseronokan kerana berpeluang menyumbang kepada kemajuan Malaysia.
Dr. Mahathir berkata, sepanjang menerajui pentadbiran negara, beliau tidak pernah mengira soal imbuhan, sebaliknya lebih mementingkan pencapaian dan kejayaan terhadap negara.
“Bekerja untuk membangunkan negara itu satu kegiatan menyeronokkan. Saya boleh menyumbang sedikit kepada kemajuan negara, jadi saya tak rasa letih dan boleh bekerja siang dan malam,” katanya.
Menurut beliau, kepuasan sebenar dirasai apabila dapat menyumbang dan menyelesaikan tugasan demi rakyat dan negara.
“Kepuasan memang ada kalau kita buat sesuatu untuk negara dan capai matlamat.
“Saya (buat) bukan sebab nak dapat duit. Duit saya tak kira, saya kira nak buat sesuatu hingga berjaya,” katanya.
Dr. Mahathir berkata demikian ketika bersiaran secara langsung dalam program Podcast Dr. M sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-100, hari ini.
Tambah beliau, pengalaman bekerja sebagai doktor sebelum menyertai politik turut membentuk kesediaannya untuk berkhidmat tanpa mengenal masa.
“Masa jadi doktor saya kerja kuat siang dan malam kadang-kadang sampai seminggu, 24 jam sehari. Orang nak beranak pukul 3 pagi tak boleh la beritahu suruh tunggu sekejap, jadi kita kena kerja sepanjang masa.
“Itu jadi amalan yang normal bagi saya apabila saya jadi menteri dan Perdana Menteri. Saya berpendapat sepertimana saya sebagai doktor dulu tak kira siang atau malam, jadi dah jadi menteri dan Perdana Menteri pun, saya buat perkara sama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Berita berkaitan
July 30, 2025, 5:48 pm
Dua anggota polis direman 7 hari disyaki terima rasuah RM635,000 'tutup' kes judi
July 30, 2025, 3:07 pm
Remaja 14 tahun mengaku salah tumbuk guru, mahkamah arah laporan akhlak
July 30, 2025, 2:24 pm
Empat pelajar digantung, 14 diberi amaran insiden buli tular – Fadhlina
July 30, 2025, 1:52 pm
Kelulusan permit masuk pasangan warga asing adil dan seimbang – Saifuddin
July 30, 2025, 1:21 pm
RM11.3 bilion pelaburan sektor pembuatan dilulus di bawah kerajaan MADANI
July 30, 2025, 1:13 pm
Projek Residensi Hektar Gombak disambung semula selepas terbengkalai tujuh tahun
July 30, 2025, 1:06 pm
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi di Kamchatka
July 30, 2025, 12:59 pm
Subsidi telur tamat 1 Ogos, bekalan dijamin stabil – Mohamad Sabu
July 30, 2025, 12:52 pm