Berita Berita
Kelulusan tanah rumah ibadat akan ditarik balik jika tidak siap bina dalam tempoh ditetapkan - Exco Selangor

SHAH ALAM 10 Julai - Kerajaan Selangor menegaskan bahawa sebarang kelulusan tanah bagi tujuan pembinaan rumah ibadat bukan Islam boleh ditarik balik sekiranya tiada pembangunan dilakukan dalam tempoh ditetapkan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Ng Suee Lim berkata, langkah itu bertujuan memastikan tanah yang diperuntukkan digunakan secara optimum dan tidak dibiarkan terbengkalai.
Menurut beliau, sejak 2008, Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Selangor (Limas) telah meluluskan 400 slot tanah kepada pihak rumah ibadat bukan Islam.
“Jadi, apabila kita bahagikan tanah untuk mereka bina rumah ibadat tetapi jika dalam tempoh lima tahun masih tiada pembinaan, kita pastikan dalam tempoh lima tahun, kita akan rujuk (lucut) kembali untuk kita ambil balik tanah itu.”
Tambah beliau, tanah yang ditarik balik akan diberikan kepada pihak lain yang benar-benar memerlukan.
Ng berkata demikian ketika menjawab pertanyaan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Lwi Kian Keong (PH) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, yang ingin tahu tempoh pembangunan yang dibenarkan selepas sesuatu permohonan rumah ibadat bukan Islam diluluskan.
Berita berkaitan
July 30, 2025, 5:48 pm
Dua anggota polis direman 7 hari disyaki terima rasuah RM635,000 'tutup' kes judi
July 30, 2025, 3:07 pm
Remaja 14 tahun mengaku salah tumbuk guru, mahkamah arah laporan akhlak
July 30, 2025, 2:24 pm
Empat pelajar digantung, 14 diberi amaran insiden buli tular – Fadhlina
July 30, 2025, 1:52 pm
Kelulusan permit masuk pasangan warga asing adil dan seimbang – Saifuddin
July 30, 2025, 1:21 pm
RM11.3 bilion pelaburan sektor pembuatan dilulus di bawah kerajaan MADANI
July 30, 2025, 1:13 pm
Projek Residensi Hektar Gombak disambung semula selepas terbengkalai tujuh tahun
July 30, 2025, 1:06 pm
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi di Kamchatka
July 30, 2025, 12:59 pm
Subsidi telur tamat 1 Ogos, bekalan dijamin stabil – Mohamad Sabu
July 30, 2025, 12:52 pm