Berita Berita
Helikopter PDRM terlibat nahas sedang jalani latihan keselamatan serantau - KPN

JOHOR BAHRU 10 Julai – Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) jenis AS355N dengan nombor pendaftaran 9M-PHG dilaporkan terhempas berhampiran perairan Sungai Pulai, Gelang Patah pagi tadi ketika menjalani latihan keselamatan serantau.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, helikopter tersebut merupakan sebahagian daripada latihan amal pelbagai agensi sempena Nuclear Security Detection Exercise Malaysia-Indonesia-Thailand-Singapore 2025 (MITSATOM 2025).
"Helikopter itu berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada jam 9.51 pagi dan kemalangan berlaku sekitar jam 10.25 pagi di kawasan jeti operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Gelang Patah.
"Helikopter tersebut membawa lima anggota PDRM terdiri daripada dua pegawai kanan dan tiga anggota termasuk juruterbang dari Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman serta anggota Balai Polis Tanjung Kupang.
“Kesemua mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berjaya diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin dan dibawa ke jeti APMM sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut,” katanya.
Menurut beliau, Sebagai langkah susulan, siasatan menyeluruh akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.
PDRM turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi penyelamat termasuk APMM dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) atas tindakan pantas dan kerjasama diberikan.
Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan video berkaitan kejadian yang boleh mengganggu siasatan atau menjejaskan sensitiviti keluarga mangsa.
Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi saluran rasmi PDRM. – Media Telus
Berita berkaitan
July 30, 2025, 5:48 pm
Dua anggota polis direman 7 hari disyaki terima rasuah RM635,000 'tutup' kes judi
July 30, 2025, 3:07 pm
Remaja 14 tahun mengaku salah tumbuk guru, mahkamah arah laporan akhlak
July 30, 2025, 2:24 pm
Empat pelajar digantung, 14 diberi amaran insiden buli tular – Fadhlina
July 30, 2025, 1:52 pm
Kelulusan permit masuk pasangan warga asing adil dan seimbang – Saifuddin
July 30, 2025, 1:21 pm
RM11.3 bilion pelaburan sektor pembuatan dilulus di bawah kerajaan MADANI
July 30, 2025, 1:13 pm
Projek Residensi Hektar Gombak disambung semula selepas terbengkalai tujuh tahun
July 30, 2025, 1:06 pm
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi di Kamchatka
July 30, 2025, 12:59 pm
Subsidi telur tamat 1 Ogos, bekalan dijamin stabil – Mohamad Sabu
July 30, 2025, 12:52 pm