Berita Berita
Jurang penyertaan wanita dalam tenaga kerja perlu ditangani segera – Nurul Izzah

KUALA LUMPUR 10 Julai – Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja negara yang masih rendah perlu ditangani segera memandangkan berjuta-juta wanita tidak bekerja bukan kerana tiada kebolehan, tetapi disebabkan bebanan kerja berganda terutama dalam penjagaan keluarga.
Beliau berkata, statistik sehingga tahun 2022 menunjukkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita hanyalah sekitar 55.8 peratus, berbanding hampir 82 peratus bagi lelaki, meskipun 57 peratus pelajar universiti terdiri daripada wanita.
“Lebih tiga juta wanita menyatakan sebab utama mereka tidak bekerja adalah kerana beban kerja rumah dan tanggungjawab keluarga – satu alasan yang jarang diberikan oleh lelaki.
“Di peringkat global, wanita menanggung 76.4 peratus daripada jumlah kerja penjagaan tidak berbayar, dengan purata 4.5 jam sehari berbanding hanya 1.4 jam oleh lelaki,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Makan Tengahari sempena Sidang Kemuncak Ekonomi dan Perniagaan Wanita Dunia (WWEBS) keempat yang berlangsung di Hotel Seri Pasific, di sini hari ini.
Menurut Nurul Izzah, di Malaysia sendiri, kajian oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) pada 2018 menunjukkan wanita meluangkan lebih 60 peratus masa tambahan untuk kerja penjagaan tidak berbayar, walaupun mereka turut bekerja sepenuh masa.
Katanya, fenomena ini menyebabkan ramai wanita terpaksa meninggalkan dunia pekerjaan atau tidak menyertai tenaga kerja langsung, dan isu ini tidak lagi boleh dipandang ringan.
Jurang gender dan AI perlu diberi perhatian
Mengulas masa depan penyertaan wanita dalam ekonomi, Nurul Izzah menekankan kepentingan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang adil dan inklusif.
“Jika mahu mencapai sasaran penyertaan 60 peratus wanita dalam tenaga kerja dalam masa sedekad, kerajaan perlu melaksanakan dasar progresif melibatkan kesaksamaan gender dalam penjagaan, teknologi dan pekerjaan,” ujarnya.
Beliau memetik laporan UN Women Australia, yang mengingatkan bahawa teknologi AI berisiko mengukuhkan diskriminasi gender jika dibangunkan tanpa kepekaan terhadap bias data.
“Sistem AI yang dilatih dengan data yang penuh stereotaip akan mengulangi dan mengukuhkan kecenderungan jantina dalam sektor penting seperti pengambilan kerja, kelulusan pinjaman dan juga sistem kehakiman.
“Jika algoritma ini tidak dipantau, ia bukan sekadar satu teori akademik, tetapi akan membawa kesan sebenar terhadap peluang hidup wanita di masa hadapan,” katanya.
WWEBS tonjol peranan wanita dalam era digital
Sidang kemuncak WWEBS kali ini menghimpunkan pemimpin wanita, usahawan, penggubal dasar dan ejen perubahan dari seluruh Asia-Pasifik dengan tema ‘Mengubah Masa Depan: Wanita Menerajui Era Digital, Mampan dan Inklusif’.
Majlis itu turut mengetengahkan peranan penting wanita dalam mendepani cabaran digital dan transformasi ekonomi yang berteraskan kemampanan dan keterangkuman. – Media Telus
Berita berkaitan
July 30, 2025, 5:48 pm
Dua anggota polis direman 7 hari disyaki terima rasuah RM635,000 'tutup' kes judi
July 30, 2025, 3:07 pm
Remaja 14 tahun mengaku salah tumbuk guru, mahkamah arah laporan akhlak
July 30, 2025, 2:24 pm
Empat pelajar digantung, 14 diberi amaran insiden buli tular – Fadhlina
July 30, 2025, 1:52 pm
Kelulusan permit masuk pasangan warga asing adil dan seimbang – Saifuddin
July 30, 2025, 1:21 pm
RM11.3 bilion pelaburan sektor pembuatan dilulus di bawah kerajaan MADANI
July 30, 2025, 1:13 pm
Projek Residensi Hektar Gombak disambung semula selepas terbengkalai tujuh tahun
July 30, 2025, 1:06 pm
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi di Kamchatka
July 30, 2025, 12:59 pm
Subsidi telur tamat 1 Ogos, bekalan dijamin stabil – Mohamad Sabu
July 30, 2025, 12:52 pm