Berita Berita
Dua kru helikopter PDRM kritikal, 3 lagi stabil - KPN

JOHOR BAHRU 10 Julai - Dua daripada lima kru helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah, pagi tadi, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, tiga lagi mangsa dalam insiden itu dilaporkan stabil dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
"Alhamdulillah, pertolongan bantuan doktor-doktor pakar yang ada di Hospital Sultanah Aminah (HSA) ini, saya percaya kita dapat membuat yang terbaiklah untuk mereka.
"Daripada lima itu, dua agak kritikal sebabkan memerlukan bantuan pernafasan dan yang lain-lain dalam keadaan stabil," katanya ringkas ketika ditemui di Unit Kecemasan dan Trauma, HSA, hari ini.
Beliau turut hadir ke HSA bagi menziarahi kelima-lima mangsa terbabit, yang terdiri daripada tiga anggota Unit Udara PDRM dan dua anggota Balai Polis Tanjung Kupang.
Insiden helikopter itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalani demonstrasi lintas hormat sempena program Latih Amal Pelbagai Hala Pengesanan Sekuriti Nuklear Malaysia-Indonesia-Thailand-Singapura 2025 (MITSATOM 2025).
"Kita akan membantu sebaik mungkin segala kebajikan, keluarga dan sebagainya. Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasat punca-punca berlakunya perkara ini," tambahnya lagi.
Turut hadir di HSA ialah Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar.
Ketika ditanya mengenai status helikopter berkenaan sama ada ia merupakan aset lama, Mohd Khalid menjelaskan bahawa soal usia bukan isu utama sekiranya penyelenggaraan dilakukan dengan baik.
"Lama tak jadi masalah kalau semua kita dapat jaga dengan baik, penyelenggaraan dan sebagainya.
"Itu sesuatu yang di luar kawalan kita. Kita buat sesuatu yang baik bukan sahaja untuk PDRM, tetapi untuk rakyat semua," katanya.
Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan bahawa helikopter yang terhempas ialah model AS355N bernombor pendaftaran 9M-PHG, yang dikendalikan oleh PDRM.
Helikopter berkenaan berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada jam 9.51 pagi sebelum dilaporkan terhempas berhampiran Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), ketika menjalani demonstrasi lintas hormat sebagai sebahagian daripada latihan MITSATOM 2025, yang disertai empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.
Berita berkaitan
July 30, 2025, 6:12 pm
Gempa bumi kuat, Rusia isytihar darurat
July 30, 2025, 5:48 pm
Dua anggota polis direman 7 hari disyaki terima rasuah RM635,000 'tutup' kes judi
July 30, 2025, 3:07 pm
Remaja 14 tahun mengaku salah tumbuk guru, mahkamah arah laporan akhlak
July 30, 2025, 2:24 pm
Empat pelajar digantung, 14 diberi amaran insiden buli tular – Fadhlina
July 30, 2025, 1:52 pm
Kelulusan permit masuk pasangan warga asing adil dan seimbang – Saifuddin
July 30, 2025, 1:21 pm
RM11.3 bilion pelaburan sektor pembuatan dilulus di bawah kerajaan MADANI
July 30, 2025, 1:13 pm
Projek Residensi Hektar Gombak disambung semula selepas terbengkalai tujuh tahun
July 30, 2025, 1:06 pm
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi di Kamchatka
July 30, 2025, 12:59 pm