TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

194 saman dikeluarkan, 24 motosikal disita dalam Ops Samseng Jalanan di Kuantan

By
|
Kongsi
image

KUANTAN 14 Julai – Sebanyak 194 saman trafik atas pelbagai kesalahan jalan raya dikeluarkan manakala 24 motosikal disita dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan polis sekitar bandar raya ini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, operasi bermula jam 4 petang hingga 11 malam itu dilaksanakan susulan aduan awam berkaitan kegiatan lumba haram dan aksi berbahaya yang kerap berlaku pada hujung minggu.

“Saman trafik telah dikeluarkan kepada 65 individu berusia antara 15 hingga 25 tahun atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam operasi sama, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun turut ditahan kerana menunggang motosikal secara melulu dan melakukan aksi ‘wheelie’ di jalan awam.

“Tindakan tersebut bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Mohd Adli turut menegaskan bahawa perbuatan menunggang secara berbahaya merupakan kesalahan serius yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda antara RM5,000 hingga RM15,000, serta penggantungan lesen memandu.

Beliau turut mengingatkan orang ramai, khususnya golongan belia, agar tidak menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba atau melakukan aksi ekstrem yang boleh membahayakan nyawa. - Media Telus

+ - reset