Berita Berita
Tun M semakin pulih, dinasihat terus berehat di rumah

KUALA LUMPUR 14 Julai – Keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan semakin baik, namun beliau dinasihatkan untuk terus berehat di rumah selepas mengalami keletihan, semalam.
Menurut pembantunya, Sufi Yusoff, bekas Perdana Menteri itu masih berada di rumah hari ini selepas dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 4.45 petang semalam.
Katanya, beberapa program yang dijadualkan berlangsung hari ini turut ditangguhkan atas nasihat doktor yang merawat beliau.
“Saya tak boleh komen lebih kerana hal ini di bawah tanggungjawab doktor. Namun, setakat ini, Tun dalam keadaan stabil dan masih berehat di rumah.
“Beberapa perjumpaan dan acara sambutan ulang tahun ditunda buat sementara waktu. Insya-Allah, jika dibenarkan, beliau akan kembali ke pejabat esok,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, media melaporkan Dr Mahathir terpaksa meninggalkan program Picnic & Potluck lebih awal semalam selepas dilaporkan keletihan, sebelum dimasukkan ke IJN sekitar jam 10 pagi.
Program berkenaan berlangsung di Tasik Putrajaya bersebelahan Yayasan Kepimpinan Perdana, sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun kelahiran ke-100 beliau dan ulang tahun ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Dr Mahathir yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi sempat menyertai aktiviti berbasikal secara tandem sejauh lapan hingga sembilan kilometer di sekitar tasik bersama pegawai keselamatan khas sebelum berasa kurang sihat.
Untuk rekod, Dr Mahathir menyambut ulang tahun ke-100 pada 10 Julai lalu, manakala Tun Dr Siti Hasmah menyambut ulang tahunnya yang ke-99 pada 12 Julai. - Media Telus
Berita berkaitan
July 14, 2025, 5:06 pm
Nurul Izzah wajar digantung keahlian parti susulan sertai perarakan kehakiman - Zaid Ibrahim
July 14, 2025, 4:54 pm
Malaysia sedia tambah 100 lagi pelajar tajaan Mara ke New Zealand
July 14, 2025, 4:37 pm
Wan Saiful harap Nurul Izzah sampaikan mesej kepada PM
July 14, 2025, 4:29 pm
Pemandu lori maut, dua wanita cedera nahas di Lebuhraya PLUS
July 14, 2025, 3:47 pm
'Saya dah pulih, dah boleh kerja macam biasa' - Tun M
July 14, 2025, 3:25 pm
Peguam, NGO berkumpul depan Istana Kehakiman, Nurul Izzah turut hadir
July 14, 2025, 3:09 pm
Remaja OKU hilang di Muar ditemui selamat di Shah Alam
July 14, 2025, 3:02 pm
UMS terima dana tambahan RM1 juta selesai krisis air dalam tempoh sebulan - Fadillah
July 14, 2025, 2:14 pm
Tambang tak naik demi kepentingan rakyat, KTMB masih tanggung rugi - Anthony Loke
July 14, 2025, 1:39 pm