TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bomba bantu angkat jenazah lelaki obes 200 kilogram turun dari tingkat 14 pangsapuri di Ayer Itam

By
|
Kongsi
image

 

 

GEORGETOWN 17 Julai – Sepasukan anggota bomba dikerahkan bagi membantu menurunkan jenazah seorang lelaki obes dengan anggaran berat badan hampir 200 kilogram dari tingkat 14 Flat Padang Tembak, Ayer Itam di sini, semalam.

Mangsa yang dianggarkan berusia 50-an difahamkan tinggal bersendirian dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anggota polis pada jam 5.59 petang bagi mendapatkan bantuan menurunkan jenazah.

"Pasukan penyelamat melakukan penilaian awal ('size up') dan memakai pakaian pelindung diri (PPE) lengkap sebelum mengangkat jenazah menggunakan pengusung kanvas ke tingkat bawah," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, operasi turut mendapat bantuan daripada penduduk setempat dan jenazah kemudiannya diserahkan kepada pihak polis serta pengurusan jenazah untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya, identiti mangsa masih belum dapat dipastikan ketika operasi bantuan kemanusiaan itu dijalankan.

+ - reset